Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Jerebu: Johan Setia catat bacaan udara paling tidak sihat dalam negara

berita

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kawasan Johan Setia di Klang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya memberitahu, bacaan IPU bagi kawasan itu adalah sebanyak 116, sekaligus menjadikan Johan Setia sebagai kawasan tertinggi bacaan IPU berbanding daerah lain dalam negara.
 
Sementara itu, Pelabuhan Klang pula mencatatkan bacaan IPU pada paras, 81, Banting, 75, Putrajaya, 74, Shah Alam, 70, Petaling Jaya, 70 dan Batu Muda, 65.

Semalam media melaporkan, pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia semakin menggila berikutan peningkatan 127 titik panas, berbanding 13 titik panas yang direkodkan pada 20 Ogos lalu.

Risiko jerebu rentas sempadan masih wujud sekiranya bilangan titik panas di wilayah negara jiran berkenaan tidak menunjukkan penurunan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu cerapan daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC), mendapati pertambahan 124 titik panas dalam tempoh empat hari itu banyak berlaku di kawasan Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-08-29 11:21:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page