Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Seminar Lembaga Rayuan Anjuran PlanMalaysia@Selangor 25 Sept 2018

pengumuman

PLANMalaysia@Selangor akan menganjurkan SEMINAR LEMBAGA RAYUAN, tajuk kupasan adalah SATU MEKANISME CHECK & BALANCE DALAM SISTEM PERANCANGAN.

Tarikh : 25 September 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 4.45 petang

Tempat : Hotel Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, Selangor

 

downloadDownload Borang Penyertaan dan pilih yuran penyertaan sama ada secara individu atau berkumpulan. 

Sila sahkan penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan : 18 SEPTEMBER 2018

 

yuran seminar lembaga rayuan 25sept2018

 

INTIPATI SEMINAR……

Seminar ini bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi perkongsian pengetahuan berkaitan isu-isu dan cabaran terkini pembangunan tanah dan perancangan bandar di Malaysia khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan ketelusan dalam sistem perancangan yang dilaksanakan melalui mekanisme lembaga rayuan.

Kandungan program akan menyentuh tentang prinsip-prinsip keterbukaan dan ketelusan dalam sistem perancangan, proses dan prosedur lembaga rayuan dan hak-hak pihak berkepentingan serta perkongsian pengalaman dan pelaksanaan Lembaga Rayuan di salah satu negeri.

SIAPA YANG PATUT HADIR…..

1. Pemaju-Pemaju projek pembangunan yang ingin mendalami bidang perancangan
2. Perunding-Perunding Profesional seperti perancang bandar, akitek, jurutera, juru ukur dan lain-lain
3. Pengamal Undang-undang yang terlibat dalam kes-kes lembaga rayuan
4. Pihak Berkuasa Tempatan
5. Pengerusi, Ahli dan Pendaftar Lembaga Rayuan di Negeri-Negeri
6. Agensi-Agensi Persekutuan dan Negeri yang terlibat dengan projek pembangunan
7. Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
8. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

KENAPA ANDA PERLU HADIR……

Seminar ini amat penting kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam memahami prinsip-prinsip asas lembaga rayuan, proses dan prosedur yang perlu dilalui, mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam perkongsiaan bagi dua buah negeri.

 

Sumber : http://jpbdselangor.gov.my/berita/559-seminar-lembaga-rayuan-2018.html 


Kemaskini pada 2018-08-28 15:33:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page