Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

PKNS Taja RM300,000 Jaya Piala Sultan Selangor

PKNS taja RM300,000 jaya Piala Sultan Selangor

SHAH ALAM, 8 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbang RM300,000 sebagai tanda sokongan untuk kejohahan Piala Sultan Selangor edisi ke 17 tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata, selaku penaja utama, PKNS menyokong penuh kejohanan hasil cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyatukan dua pasukan sensasi itu.

“Ini adalah kali kedua secara berturut-turut kita terbabit selaku penaja berikutan PKNS FC terpilih mewakili Pilihan Selangor pada kejohanan ini.

“Selain itu, anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings Berhad juga terbabit dengan menghulurkan sumbangan RM50,000.

“Dengan ianya diadakan di Stadium Shah Alam dan selaku tuan rumah, kita berharap Pilihan Selangor menampilkan kualiti permainan tinggi untuk membawa balik Piala Sultan Selangor ke Selangor,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Jelajah Publisiti dan Penyerahan Tiket Piala Sultan Selangor di Wasmia PKNS di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abdul Karim Munisar dan jurulatih, Datuk K Rajagopal. Ia adalah kali kedua PKNS FC terpilih sebagai Pilihan Selangor untuk kejohahan ini di mana pada tahun lalu mereka tewas 2 – 3 kepada Pilihan Singapura.

Untuk kejohahan kali ini, selain pemain PKNS FC sedia ada, Pilihan Selangor turut diperkuatkan dua pemain Selangor iaitu Mohd Amri Yahyah dan Rufino Segovia del Burgo.

Kejohanan itu turut mempertanding dua perlawanan lain iaitu antara pasukan Sekolah Selangor-Singapura B-16 dan Veteran Selangor-Singapura.


Kemaskini pada 2018-08-13 09:14:43 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page