Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

PRK DUN Seri Setia Serentak DUN Balakong 8 September

PRK DUN Seri Setia serentak DUN Balakong 8 September

PUTRAJAYA, 8 OGOS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 September sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Ia sekaligus menandakan pilihanraya itu berjalan serentak dengan PRK DUN Balakong.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, ia diadakan serentak selepas pihaknya melihat kesediaan logistik, anggota polis dan SPR sekaligus bakal memudahkan urusan semua pihak.

Katanya, mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK DUN Seri Setia juga menetapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon.

“Seramai 53,492 pemilih berdaftar layak mengundi mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang telah dikemaskini sehingga 2 Ogos lalu.

“Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi iaitu bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang selain penambahan saluran kepada pengundi berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media PRK DUN Seri Setia di sini, tengah hari tadi.

Othman berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim pada 3 Ogos lalu berhubung dengan kekosongan kerusi DUN berkenaan.

Katanya, pemakluman tersebut ekoran kematian penyandang kerusi DUN berkenaan iaitu Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Shahruddin menang besar dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.


Kemaskini pada 2018-08-13 09:16:44 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page