Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

MB: Pelihara Tanah Pertanian, Tingkatkan Sumber Makanan

MB: Pelihara tanah pertanian, tingkatkan sumber makanan

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerajaan Negeri komited dalam memastikan tanah pertanian bagi tujuan pertanian terus dipelihara demi memastikan bekalan makanan tidak berkurangan dalam jangka masa panjang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia sekali gus memastikan sumber bekalan makanan atau ‘food security’ berada pada tahap yang lebih baik demi generasi akan datang.

Katanya, selari dengan konsep Smart Selangor, Selangor turut berpotensi ke hadapan menjadi dari sudut menggabungkan teknologi dan pertanian.

“Sebagai sebuah negeri yang mempunyai jumlah penduduk ramai, pertembungan di dalam penggunaan tanah bagi tujuan penempatan dan perindustrian selalu menjadi isu utama.

“Pastinya, pembukaan kawasan-kawasan baharu untuk pembangunan rumah-rumah kediaman akan menjadi keutamaan.

“Oleh itu, kekurangan tanah memerlukan kita untuk mengoptimumkan hasil pertanian dan ini hanya dapat dilaksanakan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama di Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019, Siri Pertama di Pusat Konvesyen Shah Alam, di sini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, pencapaian Selangor dalam bidang pertanian jauh ketinggalan berbanding negeri lain dari segi Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK).Katanya, pada 2010, adalah berjumlah RM3.9 Bilion (2.2 peratus) dan menurun pada 2016 kepada RM3.5 bilion (1.4 peratus).

Beliau berkata, penurunan terbabit banyak dipengaruhi oleh pertukaran status tanah dari pertanian kepada komersial.

“Dari segi nilai KDNK khusus bagi sub-sektor pertanian makanan pula, pada tahun 2010 nilai KDNK adalah berjumlah RM1.39 Bilion dan menurun kepada RM1.25 Bilion di mana keluasan tanah untuk pertanian makanan hanyalah sekitar 12 peratus sahaja dari jumlah keluasan Negeri Selangor.

“Begitu juga dengan tahap sara diri atau Self Sufficient Level (SSL) untuk bekalan makanan, secara puratanya masih berada jauh dari dari segi peratusan.

“Sebagai contoh, bekalan daging masih berada pada kedudukan 3.3 peratus, padi (32 peratus) dan sayuran pada kadar kurang dari 40 peratus tetapi bagi bekalan kelapa dan telur ayam mencapai 100 peratus termasuk bekalan ayam sekitar 90 peratus,” katanya.

Untuk rekod, pada tahun ini, peruntukan bagi sektor pertanian adalah sebanyak RM32.6 juta (4.7 peratus) berbanding RM31.1 juta pada 2017.


Kemaskini pada 2018-08-13 09:17:16 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page