Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

E-Charting Mudah Carian Data Tanah Selangor

E-Charting mudah carian data tanah Selangor

GOMBAK, 6 OGOS: Kerajaan Negeri memperkenalkan sistem E-Charting bagi memudahkan pejabat tanah dan daerah (PTD) menyelesaikan isu pertindihan hak milik tanah dengan capaian maklumat lebih pantas selari dengan aspirasi ‘Smart Selangor’.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, idea itu tercetus ketika beliau bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim bertugas sebagai Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, pada 2014.

“Sistem ini adalah usaha kita menyesaikan masalah simpanan maklumat PTD menerusi aplikasi berasaskan teknologi web dan desktop ‘Geographic Information System’ (GIS) yang memudahkan penyediaan pelan, laporan, pengemaskinian serta penyimpanan data pelan dalam bentuk geospatial secara bersepadu.

“Saya harap apabila dilaksanakan, semua pegawai dapat memberikan komitmen serta kerjasama,” katanya ketika menyampaikan ucaptama perasmian di Dewan PTD Gombak.

Pejabat Tanah dan Galian Selangor menjadi penggerak utama pembangunan sistem itu dengan PTD Gombak dipilih sebagai lokasi projek perintis, sejak Oktober 2015.

Sistem E-Charting dapat mengesan pertindihan permohonan atas tanah hak milik dan memudahkan carian maklumat lot tanah khususnya kakitangan bertugas berdasarkan sumber yang sama.

Selain itu, ia dapat menjimatkan ruang dan memelihara dokumen fizikal serta memudakan proses pengauditan kerana semua proses atau aktiviti dapat disemak dari masa ke masa.

Sistem yang digunakan secara rasmi di PTD Gombak pada 1 April 2016 itu diperluaskan ke seluruh daerah di Selangor secara berfasa, sejak 2017.


Kemaskini pada 2018-08-13 09:18:11 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page