Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Tarif air Selangor kekal

 

MB: Tarif air Selangor kekal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 5 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Amiruddin Shari memberi jaminan tarif air kekal buat masa ini walaupun selepas penstrukturan semula industri air Selangor.

Beliau berkata, program air percuma juga masih dapat diteruskan berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri, terutama dengan kos yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun, ia memerlukan penelitian yang merangkumi pelbagai aspek untuk sebarang keputusan akan datang.

“Contohnya, kos air percuma RM180 juta setahun, ia meningkat berbanding dulu kita hanya berbelanja RM70 juta lebih pada awal pelaksanaannya.

“Buat masa ini juga kita masih mampu walaupun beberapa program telah ditambah seperti program Peduli Sihat, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Sidang Media Majlis Serahan Perdana Agihan Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018, di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia & Kebudayaan, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa rakyat Selangor terpaksa membayar lebih 10 kali ganda seperti yang ditawarkan Kerajaan Negeri pada 2013.

Terdahulu, semalam, Abdul Khalid menerusi cicipan di Facebook mendakwa tidak terkejut dengan keputusan yang dicapai berhubung isu penstrukturan air di Selangor susulan permeteraian persefahaman tawaran harga berjumlah RM2.55 bilion, antara Air Sela­ngor Sdn Bhd (SPLASH) dan Air Selangor Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Amirudin berkata, isu kos penstrukturan semula air itu sudah beberapa kali diperjelaskan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

“Beliau (Abdul Khalid) menawarkan harga lebih tinggi sebelum pulangan saat akhir dengan menawarkan RM250 juta.

“Jadi, kita mahu membeli dan mengambil alih adalah berdasarkan konsep ‘willing buyer willing seller’ iaitu kalau kita menawarkan dengan harga rendah dan tidak membeli, ia pasti akan tertangguh serta penangguhan bertahun-tahun ini berpunca daripada tawaran yang kurang munasabah,” katanya.

Sebelum itu, tawaran pengambilalihan dijalankan pada 3 Ogos lalu, sekali gus mengakhiri penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlarutan sejak sekian lama.


Kemaskini pada 2018-08-13 09:19:29 daripada Amir Hisham

  •  
  • Print
  • Email this page