Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Rumah Perlindungan Arafiah lahirkan pelajar berpendidikan tinggi

berita

SHAH ALAM, 11 JUL: Rumah Perlindungan Puteri Arafiah (RPA) kini bukan lagi sekadar rumah penjagaan remaja bermasalah, malah melahirkan pelajar berkemahiran dan berpendidikan tinggi.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, hal itu boleh dibuktikan selepas 14 pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 10 pelajar berjaya mendapatkan tempat di universiti tempatan antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Beliau berkata, manakala empat lagi pelajar sudah bekerja sepenuh masa.

“Saya berasa sangat gembira melihat kejayaan anak-anak ini. Rumah ini berjaya membina jati diri semula secara perlahan-lahan.

“Walaupun dalam tempoh belajar yang singkat namun mereka berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan golongan yang berjaya dan berguna dalam masyarakat,” katanya kepada SelangorKini.

Hadir sama, isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Shamshida berkata, pihak pengurusan rumah ini sentiasa mahukan pelajar terbabit menerima pendidikan yang terbaik dengan menyediakan kelas-kelas tambahan.

“Selain memberikan kelas agama, motivasi dan kemahiran, kita juga menyediakan kelas tambahan bagi memudahkan mereka mengambil peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata hubungan kemesraan pihak pengurusan bukan setakat diantara pelajar, malah alumni, ibu bapa dan keluarga pelajar.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan untuk mereka sama ada tamat pengajian atau masih dalam pengajian.

“Mana-mana pelajar yang keluar tetapi masih mempunyai masalah mereka boleh menghubung kita untuk kita menjamin mereka terus bersemangat menjalani kehidupan seharian,” katanya.

RPA menyediakan khidmat bimbangan rohani meliputi pendidikan moral, bimbingan solat dan al-Quran, selain menjalani sesi kaunseling individu dan kelompok, bengkel motivasi, rekreasi dan aktiviti seni.

Kemahiran masakan, jahitan, berkebun, kraftangan dan pengendalian komputer turut diajar supaya mereka bersedia mendepani cabaran kehidupan sebenar.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-17 12:54:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page