Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

PEKAWANIS mahu perluas operasi Rumah Perlindungan Puteri Arafiah

berita

SHAH ALAM, 11 JUL: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) berhasrat memperluaskan operasi Rumah Perlindungan Puteri Arafiah ekoran terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka kembali ke pangkal jalan.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, ramai ibu bapa daripada pelbagai negeri menyuarakan hasrat itu, namun rumah terbabit hanya menerima 40 pelajar serentak.

Bagaimanapun, katanya atas permintaan itu, beliau mahu berbincang dengan pihak terbabit untuk mempertimbangkan hasrat berkenaan.

“Untuk merealisasikan hasrat ini, kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pihak-pihak yang menaja rumah ini.

“Kita juga perlu menyediakan bantuan perunding dan kakitangan yang boleh memberikan komitmen serta menunjukkan minat dalam isu pemulihan remaja,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Puteri Arafiah, di Seksyen 7, di sini.

Hadir sama, isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Pada masa sama, Shamshida berkata, pihak Universiti Teknologi Mara (UITM) menawarkan pelajar rumah itu mengikuti program selepas tamat pelajaran.

“Mana-mana pelajar yang tidak diterima bekerja atau menyambung pengajian, pihak UITM mahu bekerjasama menawarkan program kepada pelajar ini.

“Peluang untuk pelajar di rumah ini semakin terbuka, bukan sahaja UITM tetapi beberapa pihak lain yang sudi memberi pelajaran program kemahiran, pengurusan dan sebagainya,” katanya.

Rumah Perlindungan Puteri Arafiah adalah pusat penjagaan dan perlindungan remaja puteri di bawah umur 21 tahun anjuran PEKAWANIS yang ditubuhkan sejak Jun 2011.

Ia bertujuan membantu kumpulan remaja yang tersasar dalam gejala sosial kembali ke pangkal jalan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-16 15:36:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page