Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Tourism Selangor & PADAT julung kali berhimpun bawah satu rumpun

berita

SHAH ALAM, 10 JUL: Tourism Selangor dan Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) julung kali berhimpun di bawah satu rumpun serta komited akan melaksanakan dasar Kerajaan Negeri.

Ia berikutan kedua-dua agensi terbabit kini bergabung di bawah satu jawatankuasa tetap Kerajaan Negeri menerusi Exco Kebudayaan, Pelancongan, Adat Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari yang kini dilantik memegang portfolio berkenaan.

Abdul Rashid berkata, beliau berhasrat supaya kerjasama terjalin antara agensi di bawah kesepakatan dan muafakat bersama dapat diadakan serta diteruskan demi memacu harapan juga hasrat Kerajaan Negeri.

“PADAT dan Tourism Selangor merupakan pemandu kepada pemeliharaan warisan negeri serta menjana pendapatan secara menyeluruh dengan aktiviti promosi pelancongan berterusan dengan fokus jitu,” katanya dalam kenyataan.

Manakala, Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, pihaknya berbesar hati menghulurkan tangan, berjabat erat bersama Exco baharu dan warga kerja PADAT bagi memastikan setiap agenda dapat 

diteruskan dengan jayanya demi memartabatkan warisan serta pelancongan negeri pada tahap tertinggi.

“Tourism Selangor sudah menganjurkan pelbagai aktiviti promosi dalam dan luar negara serta promosi pelancongan negeri melalui platform media sosial yang agresif saban tahun.

“Galakan pelancong untuk melawat Selangor juga melonjak daripada sesetengah negara dan benua kerana beberapa keistimewaan warisan, sosio 

budaya serta kedudukan strategik yang harus dipelihara juga perlu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PADAT, Dato’ Paiman Keromo berkata, beliau amat gembira dengan gabungan bersama Tourism Selangor dan warisan negeri yang kini sudah berada di bawah satu bumbung.

“Semoga dengan kerjasama padu antara PADAT dan Tourism Selangor akan memudahkan promosi kebudayaan dan warisan ke dalam serta luar negara,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-07-10 17:04:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page