Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Guna model kecemerlangan Selangor urus ekonomi negara

berita

GOMBAK, 2 Jun : Model kecemerlangan pengurusan ekonomi Selangor akan digunapakai dalam pengurusan hal ehwal ekonomi baru di Putrajaya.

Demikian komitmen dinyatakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang optimis keberkesanan itu boleh dilaksanakan dengan baik dan konsisten.

“Pengurusan ekonomi negara akan dilaksanakan sehabis baik mengikut kemampuan saya dalam menguruskan kecemerlangan ekonomi Selangor sebelum ini.

“Untuk itu, saya cukup optimis untuk menggunakan model pembangunan dan pengurusan ekonomi Selangor boleh dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

“Saya percaya ia boleh direalisasikan menerusi sokongan berterusan rakyat Selangor dan masyarakat seluruh negara,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri kepada warga Gombak, di Masjid Kampung Klang Gates Baru, petang ini.

Terdahulu, perkembangan pesat ekonomi negara didorong hasil kecemerlangan pembangunan Selangor yang berjaya menarik kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara.

Mohamed Azmin berkata, kejayaan itu bukan bersifat retorik semata-mata, namun ia dibuktikan menerusi jumlah perolehan sumbangan besar Selangor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Malah turut diakui bahawa Selangor diiktiraf sebagai negeri termaju di Malaysia, sekali gus meletakkan negeri itu sebagai negeri pintar menjelang, 2025.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-06-04 12:21:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page