Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

INPENS jadi hab pendidikan tahap tinggi TVET jaya Industri 4.0

berita

KUALA SELANGOR, 2 JUN: Kerajaan Negeri akan menjadikan Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) sebagai hab pendidikan kemahiran menawarkan pengajian tahap tinggi Latihan Pendidikan teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha menjayakan Industri 4.0.

Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, pendekatan itu adalah sama seperti mana diamalkan di Jerman dan Jepun akan ia akan banyak membari manfaat kepada kolej berkenaan.

“Langkah ini akan membuka ruang kepada INPENS untuk bekerjasama dengan lebih banyak industri bersatus multinasional sebagai galakan menyemarakkan gelombang Industri 4.0,” katanya dalam majlis perasmian Program Kasih Ramadan bersama pelajar INPENS di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri disuarakan Ganabatirau itu.

Beliau juga berkata, pemintaan terhadap kemasukan ke INPENS meningkat dengan drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Faktor peningkatan ini adalah kerana kebolehpasaran graduan kemahiran dalam pelbagai industri berimpak global selain peluang keusahawanan tinggi.

“Oleh itu INPENS komited dalam menaik taraf prasarana, mengerat hubungan dengan industri dan menambah nilai tenaga pengajar,” katanya.

INPENS kini membuka tawaran pembiayaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (Smart Selangor) kepada mereka berkelayakan mengikuti kemahiran elektrik dan automotif bermula Julai ini.

Mereka memenuhi syarat, boleh membuat permohonan secara terus ke kampus INPENS atau memohon secara atas talian di www.inpens.edu.my.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-06-04 11:42:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page