Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Selangor bakal wajib pengasingan sisa pepejal dari rumah

berita

KLANG, 28 MEI: Kerajaan Negeri akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah dalam tempoh dua tahun secara berperingkat.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, hal itu bagi memastikan rakyat membiasakan diri terlebih dahulu, sebelum ia dikuat kuasa sepenuhnya.

“Hasrat ini akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak lama lagi.

“Pelaksanaan dan kempen ini akan diperluaskan di semua peringkat termasuk sekolah rendah,” katanya selepas 

merasmikan Bazar Ramadan Mampan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Lobi Pusat Beli Belah GM Klang, di sini.

Mengulas lanjut katanya, Kerajaan Negeri bertegas untuk tidak mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan peruntukan besar bagi menguruskan sisa pepejal.

Justeru, katanya, semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan pihak swasta diharap dapat bersama menjayakan hasrat itu.

“Setiap PBT membelanjakan sejumlah wang besar bagi pengurusan sisa pepejal, sekali gus membebankan mereka, justeru kita mahu masyarakat sedar perkara ini.

“Selain itu, langkah ini juga dapat mengurangkan risiko pencemaran dan ancaman kesihatan serta menyelamatkan alam sekitar menerusi langkah kitar semula,” katanya.

Pada 1 September 2015, Kerajaan Persekutuan mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat membabitkan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Pelaksanaannya berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-06-04 11:35:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page