Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Selangor, lokasi homestay paling popular

berita

SHAH ALAM, 25 MEI: Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Selangor menjadi lokasi penginapan homestay paling popular dalam kalangan pelancong di negeri ini.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, ia termasuk Homestay Papitusulem (Sabak Bernam), Homestay Sungai Haji Dorani (Sabak Bernam), Homestay Air Manis (Sabak Bernam), Homestay Banghuris (Sepang) dan Homestay Sungai Sireh (Kuala Selangor).

Katanya, homestay berkenaan menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar negara kerana suasana pemandangan sawah padi, malah kedudukannya terletak hanya beberapa jam sahaja daripada pusat bandar.

“Setiap homestay ini mempunyai keistimewaan tersendiri, namun terdapat persamaan diantara kesemuanya iaitu suasana kekeluargaan yang mesra diantara tetamu homestay dan juga tuan rumah.

“Aktiviti diberikan kepada tetamu seperti menanam serta menuai padi, memetik buah, menanam pokok, menoreh getah, serta pelbagai aktiviti berasaskan pertanian lain.

“Selain itu, terdapat juga pertunjukan kebudayaan pada waktu petang dan para tetamu berpeluang melawat kilang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk melihat produk tempatan dihasilkan serta mencuba hidangan tempatan,” katanya kepada SelangorKini.

Noorul Ashikin berkata, homestay di Selangor dipilih dengan teliti serta perlu memenuhi kriteria ditetapkan sebelum dipromosikan oleh Tourism Selangor.

“Terbaru, RM398,000 diperuntukkan bagi menyediakan latihan dan bimbingan untuk komuniti setempat menguruskan aktiviti homestay serta pelancongan yang lebih baik.

“Tourism Selangor akan memastikan pelancongan homestay ini menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, ia akan terus dibangunkan dan dipromosikan untuk mencapai potensi sebenar,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-06-04 11:40:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page