Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

PEMUDAH - Penambahbaikan


PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS KHAS PEMUDAHCARA PERNIAGAAN SELANGOR 
(PEMUDAH Selangor)


Pendahuluan | Objektif & Focus Group | Penambahbaikan
* Muat turun Dokumen Lengkap PEMUDAH *
 

4. PENAMBAHBAIKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
 

4.1  One Stop Centre (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan

Proses / Prosedur OSC Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditambahbaik di negeri Selangor adalah seperti berikut;

i) Permohonan-permohonan yang tidak lengkap atau tidak menepati syarat-syarat /senarai semak yang ditetapkan, maka permohonan akan ditolak dengan serta-merta di peringkat OSC. 

ii) Jabatan teknikal akan mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari sekiranya permohonan yang dikemukakan adalah lengkap, tiada ralat dan telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

iii) Tiada syarat-syarat tambahan dikenakan kepada pamaju/pemohon setelah Kelulusan Bersyarat diberi kepada mereka
 

4.2 Hakmilik Strata

Prosedur / Proses bagi permohonan Hakmilik Strata yang ditambahbaik di negeri Selangor adalah seperti berikut;

4.2.1 Tempoh bayaran fee dipendekkan daripada 1 bulan kepada 14 hari
 
4.2.2 Pemohon perlu melepaskan gadaian dalam tempoh 3 bulan, jika melebihi tempoh yang ditetapkan permohonan akan ditolak.

4.2.3 Bagi unit syer tidak saksama, jadual petak tidak lengkap atau DHKK tidak dikemukakan maka surat akan dikeluarkan dengan tempoh 14 hari diberikan kepada pemohon untuk mengemukakan maklumbalas sebelum permohonan ditolak.

4.2.4 Pemohon tidak perlu mengemukakan salinan bil cukai tanah semasa bagi tujuan kelulusan permohonan

4.2.5 One Stop Centre akan ditubuhkan bagi permohonan Hakmilik Strata.

4.2.6 Pelaksanaan Sistem Pengurusan Hakmilik Strata (SPHS).

4.2.7 Seksyen QT- FT akan diwujudkan di Bahagian Hakmilik Strata

4.2.8 Melaksanakan endorsan SPTB bagi hakmilik pendaftar untuk urusan yang berkaitan:-
i. Permohonan pecah bahagi bangunan;
ii. Pinda syarat nyata tanah 
iii. Perbadanan Pengurusan

4.2.9 Penurunan kuasa Perakuan Sijil Kos Rendah kepada Pentadbir  Tanah.

4.2.10   Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Permasalahan Strata

4.2.11 Tempoh keseluruhan memproses permohonan Hakmilik Strata   telah ditambahbaik dan dipendekkan daripada 268 hari kepada 170 hari

i) Carta Proses Kerja Permohonan Hakmilik Strata adalah seperti di dokumen lengkap PEMUDAH
(Tempoh = 138 Hari)

ii) Carta Proses Kerja Pendaftaran Hakmilik Strata adalah seperti di dokumen lengkap PEMUDAH
(Tempoh = 32 Hari)

 

4.3      Kebenaran Pindahmilik (Consent to Transfer)

Prosedur / Proses bagi permohonan Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (Blanket Consent) yang ditambahbaik di negeri Selangor adalah seperti berikut:

4.3.1 One Stop Centre akan di tubuhkan bagi Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (Blanket Consent) dengan ciri-ciri seperti berikut;

i) Kaedah 'Giliran (First Come First Serve)’
Penerimaan setiap permohonan sama ada lengkap atau tidak, akan didaftarkan, direkod dan  diberi nombor giliran sebagai rujukan oleh PTG dan pemaju / pemohon. 

ii) Kaedah ‘On The Spot’
Permohonan diproses dan disemak Serta Merta samada semua syarat  Dipatuhi dan semua dokumen yang diperlukan Lengkap.

iii) Kaedah ‘Penolakan Awal (Summary Rejection)’
Surat pemakluman dikeluarkan kepada pemohon untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan dan tindakan yang perlu diambil, jika :
a. Pemohon tidak  memenuhi sebarang syarat  surat  kelulusan MMKN.
b. Terdapat permohonan rayuan sebarang syarat  MMKN oleh pemohon.
c. Terdapat bayaran - bayaran yang belum dijelaskan  kepada Kerajaan Negeri seperti bayaran  kepada LPHS dll.
d. Dokumen - dokumen sokongan TIDAK LENGKAP.                   

4.3.2 Tempoh keseluruhan memproses permohonan Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (Blanket Consent) telah ditambahbaik dan dipendekkan daripada 28 hari kepada 25 hari.

i) Carta Proses Kerja Kebenaran Pindahmilik Secara Menyeluruh (Blanket Consent) adalah seperti di bawah;
 

Rujuk dokumen lengkap PEMUDAH

Disediakan oleh:
Urusetia PEMUDAH Selangor
Bahagian Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

 


Kemaskini pada 2018-01-16 15:11:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page