Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

PEMUDAH - Objektif

PENUBUHAN PASUKAN PETUGAS KHAS PEMUDAHCARA PERNIAGAAN SELANGOR
(PEMUDAH Selangor)

Pendahuluan | Objektif & Focus Group | Penambahbaikan
* Muat turun Dokumen Lengkap PEMUDAH *

2. OBJEKTIF

PEMUDAH Selangor dipengerusikan bersama oleh YB Dato’ Ramli Bin Mahmud, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YBhg Tan Sri Dato’ Prof Dr James Alfred, Pengerusi Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Selangor dengan ahli-ahli tetap yang terdiri daripada sektor awam dan sektor swasta. Fokus utama PEMUDAH Selangor ialah dalam mengkaji dan menyelesaikan isu-isu serta masalah-masalah utama dari sudut kesukaran dan kelewatan yang timbul dalam penyampaian perkhidmatan. Dalam mencapai objektif ini, beberapa Focus Group telah diwujudkan untuk meneliti dan menangani isu-isu tertentu. Focus Group yang diwujudkan adalah seperti berikut:
 

2.1 Focus Group One Stop Centre(OSC)

Focus group ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan memantau perkara-perkara dalam OSC seperti syarat-syarat yang ditetapkan, tempoh memproses dan kemajuan di peringkat pelaksanaan (on the ground).
 

2.2 Focus Group Kebenaran Pindah Milik Tanah (Consent to Transfer)

Tujuan focus group ini adalah untuk mengkaji semula sistem penyampaian perkhidmatan dalam menangani permasalahan dan aduan tentang kesukaran dan kelewatan mendapat kelulusan kebenaran pindah milik tanah.
 

2.3 Focus Group Hakmilik Strata (Strata Title)

Focus group ini adalah bertujuan untuk mengkaji semula sistem penyampaian perkhidmatan dan masalah-masalah yang timbul dalam Hak Milik Strata (Strata Title).
 

2.4 Focus Group Selangor Investment Fund

Focus group ini diwujudkan bagi mengkaji dan meneliti mekanisma dana pelaburan di negeri Selangor.
 

2.5 Focus Group Crime Prevention and Security

Focus group ini ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah di negeri Selangor.

2.6 Focus Group Joint Management Body

Focus group ini ditubuhkan bagi membincangkan isu-isu dan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan Joint Managemant Body (JMB).

 


Kemaskini pada 2018-01-16 15:10:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page