Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usul Dan Perbincangan 2007

MAJLIS BERSAMA JABATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Mengenai MBJ | Senarai Perwakilan | Lampiran | Gambar | Sijil Penghargaan |
Perlembagaan | Soalan Lazim (FAQ) | Status Keaktifan MBJ SUK Selangor
Usul 2006 | Usul 2007 | Usul 2008

 


  

USUL PERWAKILAN PIHAK PEKERJA SEPANJANG TAHUN 2007
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SUK SELANGOR

 


Usul 1-23 | Usul 24-46 | Usul 47-69

Nota : Terdapat enam puluh sembilan (69) usul yang dibangkitkan untuk tahun 2007. Untuk paparan di laman web ini, bilangan usul dibahagikan kepada 3 muka surat. Sila gunakan penunjuk muka surat untuk kemudahan paparan.

Bil Usul Yang Dibangkitkan Tindakan/Maklumbalas Status
1.

Wakil Pembantu Tadbir (P/O) memohon agar pertimbangan kenaikan gred lebih tinggi daripada Pegawai Khidmat Pelanggan (dulu dikenali sebagai Pembantu Tadbir Rendah (Operator Telefon)/(Penyambut Tetamu) Gred N11) diberikan kepada Pembantu Tadbir (P/O) N17. Hal ini kerana peranan dan tanggungjawab Pembantu Tadbir (P/O) lebih berat dan menyeluruh berbanding dengan Pegawai Khidmat Pelanggan.

Mesyuarat mengambil maklum bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mengiklankan Gred Kenaikan Pangkat N22 dan N26 (kelulusan waran perjawatan di Pejabat Daerah / Tanah).

 

Syarat-syarat yang melayakkan Pembantu Tadbir (P/O) dipertimbangkan untuk dinaikkan ke Gred N22 ialah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), matagaji terkini sekurang-kurangnya pada Tangga 18 dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun .

2.

Wakil menyarankan agar sebuah Persatuan Pembantu Tadbir (P/O) yang berdaftar ditubuhkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Persatuan ini ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, program kekeluargaan dan menjadi platfom ahli menyuarakan pendapat.

Jawatankuasa Penaja ditubuhkan terlebih dahulu untuk merangka misi, visi, objektif dan keahlian persatuan ini. Pihak urus setia MBJ akan membantu dalam urusan pendaftaran persatuan kelak.

Urus setia telah menerima surat ‘Cadangan Penubuhan Persatuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17' pada 27 Disember 2007 lalu.

 

3.

Wakil mencadangkan agar pihak pentadbiran menyediakan tali leher yang khusus kepada Pembantu Tadbir (P/O) lelaki . Manakala bagi Pembantu Tadbir (P/O) wanita, wakil mencadangkan agar pihak pentadbiran menentukan item yang bersesuaian.

Permohonan dibekalkan tali leher kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) lelaki telah diluluskan.

Namun yang demikian, keputusan ini perlu dikaji semula kerana Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan pemakaian Baju Korporat yang seragam dan tidak memerlukan kakitangan memakai tali leher. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran tidak perlu membekalkan tali leher kepada Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).

 

4.

Membaiki sistem penghawa dingin di Seksyen Sektoral UPEN , memandangkan kepada keadaan yang terlalu sejuk sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kakitangan yang bertugas.

 

Unit Pengurusan Bangunan SSAAS (UPB-SSAAS) telah menjalankan pemeriksaan di Seksyen Sektoral UPEN, didapati kawasan yang dilaporkan sejuk hanya melibatkan bahagian hadapan pejabat am sahaja.

UPB-SSAAS telah membuat balancing bagi saluran penghawa dingin di kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dilaporkan.

 

5.

Membekalkan dan menyelaras pakaian seragam bagi Pembantu Am Pejabat (PAP) lelaki dan wanita . Selain daripada itu, pakaian yang dibekalkan ini perlu berkualiti, menarik dan selesa dipakai.

 

BKP telah membekalkan dua (2) pasang baju kepada semua PAP yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis Penyerahan Baju Seragam Kepada PAP telah diadakan pada 9 Julai 2007 bertempat di Bilik Gerakan Negeri Selangor, Tingkat 21, Bangunan SSAAS .

 

6.

 

Memohon agar kebenaran diberikan kepada Pembantu Am Pejabat yang ingin memakai baju melayu pada hari Jumaat .

 

Pihak pentadbiran tiada halangan berkaitan isu ini malah menggalakkan para pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memakai baju melayu pada setiap hari Jumaat.

 

7.

Kualiti kasut yang dibekalkan kepada Pembantu Am Pejabat wanita tidak memuaskan dan tidak selesa dipakai . Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran disarankan agar membekalkan kasut yang lebih memuaskan dan selesa di masa akan datang.
 

BKP telah membekalkan dua (2) pasang kasut kepada semua PAP mulai bulan Mac 2007 .

8.

Wakil Pembantu Tadbir Rendah mencadangkan agar BPSM memperbanyak kursus dan latihan berkaitan kemahiran trengkas dan komputer untuk jurutaip dan kakitangan bawahan .

 

Urus setia telah menghantar senarai pencalonan peserta mengikuti Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir Rendah ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) .

BPSM telah menganjurkan Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir Rendah pada 19-21 Julai 2007 bertempat di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan . Kursus ini telah berjaya mengumpulkan seramai 50 orang pesertadaripada pelbagai Jabatan/Agensi di Negeri Selangor.
 

9.

Kekurangan OMPD Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah / Tanah.

 

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) telah selesai mengiklankan kekosongan jawatan OMPD . Proses temuduga dan pelantikan akan dilaksanakan kelak bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada.
 

10.

Wakil Pembantu Penguatkuasa memohon agar dipertimbangkan permohonan Anggota Pembantu Penguatkuasa yang telah berkhidmat hampir 20 tahun secara kontrak dan tiada kelayakan kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Jawatan Tetap .

 

Penempatan lantikan baru jawatan Pembantu Penguatkuasa telah dilaksanakan pada 15 Februari 2008 . Pelantikan ini merangkumi seramai 66 orang Pembantu Penguatkuasa dan ditempatkan di Pejabat Daerah / Tanah Negeri Selangor .

 

11.

 

W akil Pembantu Tadbir (Kewangan) memohon agar pihak pentadbiran mempertimbangkan permohonan diberikan insentif khas sebagai penghargaan kepada kakitangan yang bertungkus-lumus menyelesaikan segala tuntutan perbelanjaan mengurus dan pembangunan tahun 2006.

 

 

 

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi menyatakan penghargaan kepada kakitangan yang telah bertungkus-lumus dan bekerja dengan penuh komitmen bagi menyelesaikan tuntutan perbelanjaan tahun 2006. Namun yang demikian, pemberian insentif khas ini tidak adil kepada kakitangan lain dan akan menimbulkan suasana kerja yang tidak sihat di kalangan kakitangan.

 

 

12.

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kewangan) mengesyorkan agar pihak pentadbiran menaiktaraf dan menyediakan tempat letak kereta berbumbung bagi kemudahan kakitangan dan orang awam .

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi menyarankan agar Unit Pengurusan Bangunan SSAAS mengkaji cadangan ini memandangkan ianya akan memberi kemudahan kepada kakitangan dan orang awam.

 

Pihak pentadbiran bercadang untuk menaiktaraf kemudahan tempat letak kereta, di samping membina bangunan second wing yang baru. Namun yang demikian, ianya memerlukan kajian terperinci memandangkan implikasi kewangan yang tinggi .

 

 

13.

 

Wakil Pegawai Khidmat Pelanggan menggesa agar diadakan Kursus Khidmat Pelanggan dan diperbanyakkan Kursus Bimbingan PTK kepada kakitangan agar pendedahan yang seluas-luasnya berkaitan kaedah menjawab soalan peperiksaan di masa hadapan.

 

 

Kursus tiga (3) hari dua (2) malam akan dilaksanakan pada bulan April 2008 berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) BPSM 2008.

 

14.

 

Wakil Pegawai Khidmat Pelanggan mencadangkan agar Anugerah Menunaikan Fardhu Haji Negeri Selangor diberikan keutamaan kepada kakitangan yang telah berkhidmat 30 tahun atau lebih dan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) .

 

Selain daripada itu, Wakil Pegawai Khidmat Pelanggan turut mencadangkan agar anugerah ini turut diberikan kepada kakitangan yang telah menunaikan fardhu haji kali pertama .

 

 

Perkara ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Panel Anugerah Menunaikan Fardu Haji Negeri Selangor untuk diberikan pertimbangan selanjutnya. Anugerah ini hanya ditawarkan kepada pegawai yang belum pernah menunaikan fardu haji (kali pertama) sahaja.

 

15.

 

Wakil Pegawai Khidmat Pelanggan memohon agar jawatan Penyelia Telefonis diwujudkan di dalam skim perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan.

 

 

Surat lantikan telah dikeluarkan oleh BPSM bagi melantik Penyelia Telefonis.

 

16.

 

Wakil Pekerja Rendah Am memohon agar kursus dan latihan kemahiran MLVK diberikan kepada jurugegas dan juruelektrik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal berhubung bidang tugas masing-masing.

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi menyarankan agar BPSM menyelaras perkara ini. Manakala kos pembiayaan akan ditanggung oleh BKP .

 

Wakil Pekerja Rendah Awam mencadangkan agar kursus latihan kemahiran ini diikuti di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) kerana modul yang disediakan lebih relevan dengan bidang tugas dan tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi.

 

 

17.

 

Wakil Pekerja Rendah Am mencadangkan agar jurugegas dan juruelektrik dilindungi insurans CIDB untuk kerja-kerja teknikal.

 

 

Encik Hisham Bin Mamat, Pembantu Teknik sedang menguruskan permohonan polisi insurans dengan pihak CIDB. Namun yang demikian, permohonan ini memerlukan seramai 40 orang peserta sebagai pra-syarat dan caj bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan untuk polisi insurans selama dua (2) tahun .

 

 

18.

 

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) mencadangkan agar para Pelapor Perbahasan diberikan insentif berbentuk lawatan sambil belajar.

 

 

Kakitangan Bahagian Kewangan diberikan insentif Lawatan Kerja ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 8-10 Julai 2007 .

 

 19.

Wakil Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) (PA) mencadangkan agar pembayaran elaun para Pelapor Perbahasan dijelaskan berdasarkan kepada sesi pelaporan dan bukannya harian. Selain daripada itu, wakil turut mencadangkan agar elaun ini dinaikkan daripada RM 30.00 kepada RM 60.00 bagi setiap sesi pelaporan.

Peruntukan di bawah PTJ Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor . Namun yang demikian, kadar elaun masih kekal iaitu RM30.00 bagi setiap sesi pelaporan kerana memerlukan kajian lanjut.

20.

Wakil Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) menyarankan agar diadakan kursus-kursus yang berkaitan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan komunikasi di kalangan PA.

Kursus Kecemerlangan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) telah diadakan pada 6-9 Julai 2007 melibatkan para peserta daripada semua Bahagian / Seksyen / Unit di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah / Tanah. 

 21.

Wakil Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) mencadangkan agar Ketua-Ketua Jabatan dan PA diraikan dalam sambutan Minggu Setiausaha setiap tahun.

 

Pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menaja empat (4) buah meja untuk meraikan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sempena Minggu Setiausaha‘Dazzle With Ziana' pada 18 April 2007 lalu bertempat di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Shah Alam.

22.

Wakil Pengawal Keselamatan mencadangkan agar pihak pentadbiran menyediakan kiwi kasut dan dijadikan sebagai barang inventori di setor bagi kemudahan Pengawal Keselamatan mengilatkan kasut masing-masing.

BKP memaklumkan kemudahan seperti kiwi kasut, berus dan kain telah disediakan di Unit Stor untuk kemudahan Pengawal Keselamatan.

23.

Wakil Pengawal Keselamatan turut mencadangkan agar pihak pentadbiran memberikan pelepasan kepada pengawal keselamatan lelaki beragama Islam memakai Baju Melayu pada setiap hari Jumaat .

Y.Bhg. Dato' Pengerusi mengalu-alukan hasrat tersebut, namun yang demikian Pengawal Keselamatan perlu sentiasa memakai pakaian seragam yang dikhaskan agar mudah dikenali dan seragam . Sehubungan dengan itu, Pengawal Keselamatan perlu memakai pakaian seragam pada setiap hari Jumaat.

 


Kemaskini pada 2019-06-04 15:23:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page