Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

10 EXCO angkat sumpah Ahli MMKN Selangor

berita

KLANG, 14 MEI: 10 Exco Kerajaan Selangor mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), petang ini.

Istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan diadakan di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

Tiga Exco lama dikekalkan iaitu, Dato’ Teng Chang Khim (DAP), Amirudin Shari (KEADILAN) dan Ganabatirau Veraman (DAP).

Sementara tujuh muka baru adalah, Haniza Talhah (KEADILAN), Ng Sze Han (DAP), Dr Shaharuddin Badaruddin (KEADILAN) dan Hee Loy Sian (KEADILAN).

Turut dilantik, Dr Siti Mariah Mahmud (AMANAH), Ir Izham Hashim (AMANAH) dan Dato’ Abdul Rashid Asari (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

Majlis angkat sumpah disaksikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang turut berkenan di atas pelantikan ke semua Exco Kerajaan Negeri itu.

Hadir sama menyaksikan istiadat penuh gemilang itu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan pimpinan Ahli Dewan Negeri Selangor.

Terdahulu, pelantikan Exco Kerajaan Negeri termaktub di bawah perenggan (b) Fasal (2) Perkara L111, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-05-16 03:31:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page