Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Azmin kembali dilantik Dato Menteri Besar

berita

KLANG, 11 MEI: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kembali dilantik sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor selepas diperkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan  Sharafuddin Idris Shah.

Majlis istiadat angkat sumpah dan pelantikan ke jawatan itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Majlis bermula dengan kebarangkatan masuk Sultan Selangor diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohamed Azmin kemudiannya mengangkat sumpah dan ikrar aku janji di hadapan Sultan Selangor.

Baginda selepas itu menganugerahkan surat pelantikan jawatan kepada beliau.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Pelantikan ini adalah kali kedua buat Mohamed Azmin sebagai Dato’ Menteri Besar selepas Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya kekal di Selangor dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dengan majoriti dua pertiga.

Kali pertama beliau dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pada 2014.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-05-16 03:27:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page