Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usul 47-69

MAJLIS BERSAMA JABATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Mengenai MBJ | Senarai Perwakilan | Lampiran | Gambar | Sijil Penghargaan |
Perlembagaan | Soalan Lazim (FAQ) | Status Keaktifan MBJ SUK Selangor
Usul 2006 | Usul 2007 | Usul 2008

 


  

USUL PERWAKILAN PIHAK PEKERJA SEPANJANG TAHUN 2007
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SUK SELANGOR


Usul 1-23 | Usul 24-46 | Usul 47-69

Nota : Terdapat enam puluh sembilan (69) usul yang dibangkitkan untuk tahun 2007. Untuk paparan di laman web ini, bilangan usul dibahagikan kepada 3 muka surat. Sila gunakan penunjuk muka surat untuk kemudahan paparan.

Bil

Usul Yang Dibangkitkan

Tindakan/Maklumbalas Status

 

47.

 

 

Wakil PAP turut mencadangkan agar pihak pengurusanmenambah bilangan kemudahan peti surat khusus untuk 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Lobi Bangunan SSAAS. Peti surat sedia ada hanya meliputi Pejabat Daerah / Tanah dan Jabatan / Agensi di Pejabat SUK sahaja.

 

UPB-SSAAS telah menambah sebanyak 12 peti surat baru di lobi Bangunan SSAAS untuk memudahkan urusan surat-menyurat antara jabatan.

 

48.

 

 

Wakil pemandu memohon agar pihak pentadbiran membekalkan songkok hitam kepada setiap pemandu bagi memudahkan urusan keluar masuk di Istana. Selain itu, wakil turut memohon dibekalkan baju sejuk bagi setiap pemandu.

 

BKP telah membuat penempahan bagi membekalkan songkok hitam kepada para pemandu pada 16 Januari 2008 .

 

49.

 

 

Wakil Pembantu Penguatkuasa memohon agar perkhidmatan anggota Pembantu Penguatkuasa yang telah lama berkhidmat dan tiada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya diteruskan kontrak sehingga umur Persaraan Wajib atau diserap ke Jawatan Tetap .

 

 

Mesyuarat Penyelarasan Perjawatan Pembantu Penguatkuasa (Kontrak)telah diadakan pada 20 November 2007 lalu. Antara lain, mesyuarat telah memutuskan Pembantu Penguatkuasa (Kontrak) yang gagal dan tidak layak menjawat jawatan tersebut akan diberikan peluang meneruskan perkhidmatan masing-masing. Namun yang demikian, tempoh perkhidmatan kontrak berkenaan bergantung kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)dan Perjanjian Kontrak.

 

50.

 

 

Wakil Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) mencadangkan pihak UPB-SSAAS memberikan tunjuk ajar cara menyambungkan panggilan telefon ke mana-mana pegawai bagi melancarkan perhubungan inter dan intra jabatan.

 

UPB-SSAAS akan mengeluarkan pekeliling berkaitan prosedur meyambungkan panggilan telefon kepada pegawai atau kakitangan tertentu bagi melancarkan perhubungan inter dan intra jabatan.

 

51.

 

 

wakil PT(P/O) mencadangkan agar gambar Pegawai-pegawai Kanan, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai baru dipaparkan di televisyen plasma lobi Bangunan SSAAS untuk makluman kakitangan dan orang awam.

 

UPB-SSAAS akan memaparkan gambar para Pegawai Kanan dan Ketua-ketua Jabatan yang dikemaskini dari semasa ke semasa di TV plasma Lobi Bangunan SSAAS untuk rujukan orang awam yang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

52.

 

 

Wakil PT(P/O) mencadangkan agar Kursus Bimbingan PTK diadakan sama ada di Bangunan ANNEX atau Ballroom Dewan Jubli Perak . Manakala slot ceramah disampaikan oleh para pegawai BPSM.

 

 

53.

 

 

Setiausaha Bahagian (KP) mencadangkan agar dalam proses pemilihan jawatan pemandu di masa akan datang, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPANS) memberikan keutamaan kepada calon yang memiliki Lesen E bagi menjimatkan kos.

 

 

54.

 

 

Y.Bhg. Dato' mencadangkan agar pihak PTMK menyediakan kemudahan komputer di Bilik Pemandubagi memudahkan sebarang urusan seperti tuntutan elaun bulanan.

 

Pihak PTMK akan menyediakan sebuah komputer di dalam Bilik Pemandu kelak.

 

55.

 

 

Perwakilan Juruteknik memohon agar pihak urus setia menyediakan pakaian rasmi khusus untuk para perwakilan MBJ Sesi 2006-2008 seperti mana sesi yang terdahulu.

 

 

Semua Perwakilan Pihak Pegawai dan Pekerja telah dibekalkan dengansepasang set blazer rasmi MBJ khas untuk sesi 2006-2008 . Sehubungan dengan itu, setiap perwakilan perlu memakai blazer rasmi ini dalam setiap program / aktiviti yang dianjurkan berkaitan MBJ di peringkat negeri mahu pun kebangsaan.

 

Secara keseluruhannya, sebanyak 35 pasang blazer telah ditempah dan diserahkan kepada para Perwakilan pada 11 Mac 2008.

 

56.

 

 

Wakil Juruteknik mengusulkan agar 23 orang kakitangan berstatus tetap dan tiga (3) orang kakitangan yang berstatus kontrak di UPB-SSAAS dikekalkan sebagai kakitangan Kerajaan kerana terdapat cadangan menswastakan UPB-SSAAS kelak.

 

Pegawai dan kakitangan UPB-SSAAS akan diberikan pilihan sama ada kekal dalam perkhidmatan awam atau swasta . Bagi pegawai dan kakitangan yang memilih untuk kekal dalam perkhidmatan awam, mereka akanditempatkan di Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bersesuaian .

 

57.

 

 

Wakil PAP menyarankan agar Kursus Bimbingan PTKseperti yang telah dilaksanakan oleh BPSM pada 27 Ogos 2007 lalu diteruskan bagi setiap siri peperiksaan akan datang kerana ianya bermanfaat sebagai persediaan awal menghadapi peperiksaan.

 

BPSM akan melaksanakan kursus bimbingan secara bersiri mulai bulan Mac 2008 .

 

58.

 

 

Wakil PAP mencadangkan agar BKP menimbang keperluan menambah bilangan kuota khusus bagi PAP dalam penganugerahan APC saban tahun kerana jumlah PAP yang sedia ada semakin ramai dan secara tidak langsung memberikan motivasi untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

 

BPSM akan membangkitkan usul semasa mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) yang dijadualkan berlangsung pada bulan April kelak.

 

59.

 

 

Wakil PAP turut memohon agar pembayaran Anjakan Gaji dipercepatkan bagi kakitangan yang telah melepasi tahap kompetensi Aras 4. Hal ini kerana terdapat beberapa kakitangan yang mengadu pembayaran dilaksanakan agak lewat.

 

 

Keputusan pegawai dan kakitangan yang layak mendapat Anjakan Gaji Tahunan akan dikemukakan ke Bahagian Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas PPSM bersidang saban tahun . Pegawai dan kakitangan perlu mengetahui bahawa keputusan PTK Aras 4 tidak melayakkan seseorang memperolehi Anjakan Gaji Tahunan secara automatik . Hal ini kerana terdapat kriteria lain yang perlu diteliti termasuk prestasi tahunan danperakuan Ketua Jabatan masing-masing.

 

60.

 

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kewangan) mencadangkan agar BPSM menimbangkan keperluan mengadakan sesi permohonan dan kelulusan Program Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor sebanyak dua (2) kali setahun . Hal ini kerana pengambilan sesi Disember saban tahun terpaksa menunggu masa yang lama untuk mendapat kelulusan.

 

 

Lembaga Tabung Kumpulan Biasiswa Negeri Selangor (LTKWBNS) telah memutuskan bahawa tawaran pinjaman pelajaran tersebut hanya dilaksanakan sekali sahaja setiap tahun , memandangkan bilangan calon-calon Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang memohon pada bulan November dan Disember ( second intake ) iaitu selepas keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diumumkan. Walau bagaimanapun, calon-calon second intakeini masih berpeluang untuk memohon pinjaman yang ditawarkan mulai pada bulan April setiap tahun.

 

61.

 

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kewangan) mencadangkan agar pihak pengurusan memberikan hadiah penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan yang telah bersara dan berkhidmat melebihi 20 tahun sebagai insentif dan galakan semangat memberikan perkhidmatan yang terbaik di masa akan datang.

 

Urus setia akan menganjurkan majlis khas bagi meraikan enam (6) orang kakitangan Kumpulan Sokongan yang bersara pada tahun 2007 dan enam (6) orang kakitangan Kumpulan Sokongan yang bersara pada tahun 2008.

 

62.

 

 

Wakil Pengawal Keselamatan mencadangkan agar pihak pengurusan menyediakan kemudahan van jenazah khusus untuk kakitangan dan ahli keluarga yang meninggal dunia. Sekiranya kemudahan ini disediakan, kakitangan tidak perlu menyewa van jenazah di luar dengan kadar sewaan yang tinggi.

 

Perkara ini masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak pembekaldan diuruskan oleh Bahagian Kewangan.

 

63.

 

 

Wakil Pembantu Penguatkuasa memohon agar pihak pengurusan mengekalkan penempatan anggota Penguatkuasa yang berjaya ke jawatan tetap di Kuarters SUK demi tidak menjejaskan persekolahan anak-anak khususnya yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini.

 

BKP memaklumkan tiada sebarang perubahan penempatan Pembantu Penguatkuasa yang dilantik secara Tetap melainkan atas permohonan sendiri.

 

64.

 

 

Wakil Juruteknik Komputer memohon agar pihak pengurusan membekalkan pakaian seragam kepada Juruteknik Komputer khususnya semasa menjalankan tugasan luar sesuatu program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mahu pun Jabatan lain.

 

Sebanyak enam (6) pasang vest telah ditempah dan dijadualkan siap pada bulan Mac 2008.

 

65.

 

 

Wakil Juruteknik Komputer memohon agar BPSMmenyegerakan proses pengisian jawatan Juruteknik Komputer di semua sembilan (9) daerah kerana setakat ini, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 perlu mengambil alih tugas Juruteknik Komputer seperti membaikpulih peralatan komputer.

 

BPSM akan melaksanakan pengisian jawatan Juruteknik Komputer selepas mendapat senarai calon yang berjaya daripada SPANS .

 

66.

 

 

Wakil Pembantu Tadbir (P/O) memohon agar pihak pengurusan mengenalpasti punca masalah dan memperbaiki sistem lif di Podium Utara Bangunan SSAAS kerana kebelakangan ini kerosakan teknikal kerap berlaku. Hal ini menyebabkan para pegawai dan kakitangan yang bekerja di Podium Utara perlu menunggu lama dan bersesak di dalam lif. Masalah ini diburukkan lagi sekiranya berlaku kerosakan pada salah satu lif berkenaan.

 

UPB-SSAAS memaklumkan kekerapan kerosakan pada lif di Bangunan SSAAS disebabkan oleh beberapa peralatan antaranya contactor, holding coil, micro switch, belt dan KT Cutter Pihak UPB-SSAAS telah menghantar surat kepada syarikat penyelenggara pada 19 Disember 2007 lalu untuk membaiki masalah tersebut dengan kadar segera.

 

Pihak syarikat juga telah dipanggil untuk menerangkan punca kerosakan dan diingatkan supaya masalah ini tidak berulang lagi.

 

67.

 

 

Wakil Pegawai Tadbir LUAS memohon agar pihak pengurusan meningkatkan tahap kawalan keselamatan di Bangunan SUK 2 kerana didapati orang awam boleh menaiki lif sesuka hati tanpa perlu mendaftarkan diri di kaunter terlebih dahulu, sekali gus mendedahkan para pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bangunan SUK 2 kepada masalah.

 

 

68.

 

 

Wakil Pegawai Tadbir LUAS memaklumkan pihak pengurusan LUAS telah menetapkan pemakaian pakaian korporat yang sama dengan pakaian korporat Kerajaan Negeri Selangor. Namun yang demikian, berlakukekeliruan tentang keperluan pemakaian baju korporat ini sama ada perlu dipakai setiap hari (hari bekerja) atau hanya pada hari tertentu sahaja.

 

Pemakaian baju korporat berkenaan adalah setiap hari (hari bekerja) kecuali pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan yang memerlukan penjawat awam memakai baju batik. Pengecualian juga diberikan kepada para pegawai dan kakitangan yang perlu menghadiri program / aktiviti di peringkat Persekutuan. Selain itu, arahan penuh berhubung perkara ini perlu dirujuk kepada Surat Hebahan SUK Bilangan 44 Tahun 2007 .

 

69.

 

 

Wakil PPTM memohon agar pihak pengurusan mempertimbangkan penyediaan perkhidmatan bas ‘shuttle' ke Masjid Negeri pada setiap hari Jumaatuntuk kemudahan para pegawai dan kakitangan lelaki melaksanakan solat jumaat tanpa perlu memikirkan kesukaran meletakkan kenderaan di kawasan masjid.

 

 

 



Kemaskini pada 2016-11-10 15:16:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page