Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KDEBWM dianugerahkan Malaysia Smart Waste Solutions Company of the Year 2018

berita

SHAH ALAM, 6 MEI: Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, KDEB Waste Management (KDEBWM) dianugerahkan ‘Malaysia Smart Waste Solutions Company of the Year’ 2018.

Pengarah Kanan Frost dan Sullivan, Melvin Leong berkata, KDEBWM merupakan perintis dalam inisiatif penggunaan penyelesaian Internet Segalanya (IOT).

Katanya, menerusi IOT, KDEBWM meningkatkan kualiti pengurusan sisa, penyediaan trak sampah yang dilengkapi GPS dan pengwujudkan pusat kawalan setempat.

Beliau berkata, kehadiran KDEBWM dibezakan oleh pembabitkan pelanggan dan model oprasi yang futuristik dengan penggunaan aplikasi iClean Selangor untuk memudahkan dan mempercepatkan interaksi dan tindak balas aduan antara pelanggan dan KDEBWM.

“Misi Kerajaan Negeri adalah menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri pintar menjelang 2025 dengan mengutamakan pembangunan infrastruktur yang berkesan untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

“Salah satu komponen utama pembangunan ialah sistem pengurusan sisa pepejal yang efektif.

“Kejayaan KDEBWM di Klang pada 2016 dikembangkan ke sekitar Selangor, lalu melestarikan pengurusan sisa dan mengurangkan pengaduan pelanggan dengan ketara,” katanya.

Melvin berkata, kejayaan dan rancangan KDEBWM untuk memperluaskan perkhidmatan ke seluruh kawasan di Selangor adalah bukti komitmennya dalam menyumbang kepada matlamat negeri Selangor mencapai status negeri pintar bagi kebaikan komuniti setempat.

Terdahulu, syarikat itu terus komited memastikan Selangor mencapai status negeri terbersih, di Malaysia.

Sebelum ini, KDEBWM mengambil alih sisa pepejal dan pembersihan awam di MPK, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Daerah Kuala Langat.

Tujuh PBT lain pula akan diambil alih hujung tahun ini secara berperingkat iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Perbandaran Kajang.

Ia termasuk Majlis Daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-05-07 10:46:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page