Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Selangor negeri pertama bawa usahawan e-dagang ke peringkat global

berita

SHAH ALAM, 27 APR: Pertama kali dalam sejarah apabila Selangor menjadi negeri pertama yang berjaya membawa usahawan e-dagang dalam skala besar ke peringkat global.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) serta Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ini terbukti melalui ‘Selangor Accelerator Programme 2018’ (SAP) yang menerima 30 penyertaan usahawan e-dagang sekitar Selangor.

Katanya, ia membuka peluang kepada golongan muda tempatan mengasah bakat perniagaan dalam talian sekali gus mendapat tempat di peringkat dunia.

“Daripada 30 peserta dipilih, 10 berjaya dibawa ke Universiti Tsinghua di Beijing iaitu lubuk usahawan e-dagang di China pada Julai.

“Lima daripada usahawan ini juga boleh melayakkan diri menyertai Selangor International Pitch 2018 dengan bakal memenangi wang tunai RM100,000 dijadualkan berlangsung pada 13 September depan,” katanya ketika merasmikan SAP 2018 di Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC).

Sementara itu Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping berkata, peserta e-dagang SAP 2018 terdiri daripada usahawan sektor teknologi, pelancongan, pendidikan, kesihatan dan kecantikan.

“Kita mahu rakyat Selangor menjadi usahawan berjaya sama seperti usahawan e-dagang Grab yang sudahpun dikenali seluruh dunia,” katanya.

Semua 30 peserta SAP 2018 kali ini diberi latihan intensif oleh pakar usahawan e-dagang selama tiga bulan melalui mentor e-dagang terlatih.

Program SAP 2018 mendapat kerjasama Syarikat E-Dagang China, TusStar Incubator Malaysia.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-05-07 10:37:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page