Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

TAWARAN KEMASUKAN KE DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN EKSEKUTIF TUTUP 31 JUL 2018

TAWARAN KEMASUKAN KE DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN EKSEKUTIF 2018
 
 
SYARAT-SYARAT TAWARAN 
 
PENAJAAN PROGRAM PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT) PERINGKAT DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI BAWAH PROGRAM PEMERKASAAN BELIA
 
1. SYARAT-SYARAT TAWARAN
 
1.1 Tawaran Penajaan Pelajaran Boleh Ubah ini HANYA DILULUSKAN kepada pelajar yang TIADA/BELUM MENERIMA sebarang penajaan bantuan kewangan secara biasiswa/dermasiswa/ pinjaman dari mana-mana badan penaja lain. Kerajaan Negeri berhak menarik balik/ memberhentikan Penajaan Pelajaran ini dengan serta merta sekiranya pelajar didapati telah menerima bantuan kewangan daripada mana-mana penaja.
 
1.2 Sekiranya pelajar bersetuju untuk menerima tawaran Penajaan Pelajaran Boleh Ubah ini, pelajar dikehendaki untuk melengkapkan kesemua BORANG, SURAT SETUJU TERIMA (SST) dan Perjanjian yang disertakan bersama-sama surat tawaran ini. Kegagalan pelajar untuk mengembalikan borang dan dokumen perjanjian dengan lengkap dan sempurna sepertimana yang dikehendaki akan menyebabkan tawaran ini terbatal.
 
 
2. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEPANJANG PENGAJIAN
 
2.1 Pelajar bertanggungjawab untuk mengemukakan SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN pada setiap semester untuk makluman Kerajaan Negeri. Salinan tersebut hendaklah dihantar dalam tempoh SEBULAN selepas keputusan peperiksaaan diumumkan oleh pihak Institut Pengajian. Sekiranya Kerajaan Negeri tidak menerima salinan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah, Kerajaan Negeri berhak untuk MENAMATKAN TAJAAN ini.
 
2.2 Penajaan Pelajaran Boleh Ubah ini juga BOLEH DITAMATKAN dan pembayaran balik kepada Kerajaan Negeri sekiranya pelajar :
 
i) Telah MENAMATKAN PENGAJIAN dengan jayanya lebih awal dari tempoh sepertimana yang dinyatakan di dalam surat tawaran;
 
ii) Gagal menunjukkan prestasi pengajian yang baik, iaitu memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK/CGPA) KURANG DARIPADA 2.00 dalam mana-mana peperiksaan yang diambil sepanjang pengajian; dan
 
iii) GAGAL MENAMATKAN pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak institut pengajian. 
 
Sekiranya pelajar ditamatkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka pelajar perlu membuat bayaran balik keseluruhan tajaan kepada Kerajaan Negeri.
 
2.3 Pelajar yang TELAH MENAMATKAN PENGAJIAN juga adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan tarikh tamat pengajian dengan mengemukakan salinan TRANSKRIP RASMI keputusan keseluruhan pengajian beserta SIJIL KELULUSAN SENAT yang telah DIAKUI SAH oleh pihak institusi pengajian kepada Kerajaan Negeri.
 
 
3. TARIKH KUATKUASA PENAJAAN
 
3.1 Penajaan ini akan mula berkuatkuasa pada sesi sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran Penajaan Pelajaran ini.
 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan tawaran ini, sila hubungi pihak Urusetia di alamat seperti berikut :-
 
Timbalan Pengarah
Tingkat 5, Seksyen Sektoral, 
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor.
No. Tel   : 03-55447145 / 7144 / 7921
No. Fax  : 03-55447963 / 55196706

Kemaskini pada 2018-07-03 09:58:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page