Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Usul 24-46

MAJLIS BERSAMA JABATAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Mengenai MBJ | Senarai Perwakilan | Lampiran | Gambar | Sijil Penghargaan |
Perlembagaan | Soalan Lazim (FAQ) | Status Keaktifan MBJ SUK Selangor
Usul 2006 | Usul 2007 | Usul 2008

 


  

USUL PERWAKILAN PIHAK PEKERJA SEPANJANG TAHUN 2007
MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PEJABAT SUK SELANGOR


 Usul 1-23 | Usul 24-46 | Usul 47-69

Nota : Terdapat enam puluh sembilan (69) usul yang dibangkitkan untuk tahun 2007. Untuk paparan di laman web ini, bilangan usul dibahagikan kepada 3 muka surat. Sila gunakan penunjuk muka surat untuk kemudahan paparan.

 

Bil

Usul Yang Dibangkitkan

Tindakan/Maklumbalas Status

 

24.

 

Wakil Juruteknik mencadangkan agar penghargaan berupasurat penghargaan dan cenderahati diberikan kepada kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun atau lebih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

 

 

 

Urus setia akan mengadakan Majlis Khas bagi meraikan penjawat awam yang telah bersara dan bakal bersara pada bulan Mei atau Jun 2008 kelak. Selain itu, urus setia turut mengenalpasti para pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat melebihi tempoh 20 tahun untuk diraikan dalam majlis berkenaan kelak. Senarai penuh nama pegawai berkenaan telah diperolehi.

 

25.

 

Wakil Pemandu Kenderaan memohon agar pihak pengurusan membiayai kos pembelajaran dan ujian bagi memperolehi lesen E di Pusat Latihan Memandu kepada para pemandu yang belum memilikinya.

 

 

Usul ini telah diluluskan oleh Y.Bhg. Dato' Pengerusi. Pihak urus setia telah menguruskan pendaftaran dan dokumentasi pembiayaan ini. Pentadbiran ini akan menghantar seramai empat (4) orang pemandu setiap tahun bagi menduduki ujian memandu ini. Fasa pertama ini telah dilaksanakan pada 10 Mac 2008 .

 

 

 

26.

 

Wakil Juruteknik mencadangkan agar ahli MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diberikan peluang dan kuota bagi menyertai Lawatan Kesedaran / Bina Insan ke Kampuchea .

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi bersetuju agar tiga (3) kuota bagi setiap siri lawatan dikhaskan untuk para perwakilan MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

Bagi fasa pertama, seorang wakil MBJ iaitu Puan Noranisha Binti Shafieitelah diberikan peluang mengikuti lawatan ini (Siri 2 Tahun 2007) pada 28-31 Julai 2007 lalu.

 

 

27.

 

Wakil Pegawai Khidmat Pelanggan mencadangkan agarsemua aktiviti yang dianjurkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimaklumkan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan supaya hebahan kepada semua Bahagian / Seksyen / Unit dapat dilaksanakan.

 

 

 

 

28.

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi mencadangkan agar sebuahkaunter khas menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan di ruang legar utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diwujudkan bagi kemudahan orang awam berurusan. Sehubungan dengan itu, Unit Pengurusan Bangunan diarahkan agar mengkaji cadangan ini dengan teliti.

 

 

Bahagian Korporat akan menaiktaraf Kaunter Pertanyaan di Ruang Legar, Bangunan SSAAS dan menempatkan Pegawai Khidmat Pelanggan untuk kemudahan pelawat yang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

29.

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) mencadangkan agar PA dibekalkan dengan Elaun Telefon Bimbit seperti mana diperuntukkan kepada pemandu Ketua Jabatan.

 

 

 

30.

 

Wakil Bangunan SUK 2 memaklumkan bahawa laluan ke tempat letak kereta di Bangunan SUK 2 terlalu sempitsehingga menyebabkan beberapa buah kereta bergesel dengan dinding bangunan. Selain itu, banjir selepas setiap kali hujan lebat di tempat letak kereta di Bangunan SUK 2 turut memburukkan keadaan sedia ada sehingga menimbulkan kerisauan kakitangan setiap kali hujan berlarutan.

 

 

31.

Lawatan Kerja MBJ ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri lain bagi memberikan pendedahan dan pengalaman di samping berkongsi pendapat memantapkan pengurusan MBJ di Pejabat SUK Selangor.

 

Program Lawatan Kerja MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kePejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan pada 11-14 Jun 2007 . Pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman telah diperolehi sepanjang program ini dijalankan.

 

32.

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kewangan) memohon agarkekosongan jawatan Pembantu Tadbir Kanan dan Penolong Akauntan diisi segera bagi menampung beban tugas sedia ada.

 

 

BPSM telah mengisi kekosongan jawatan Penolong Akauntan di Bahagian Kewangan pada 1 Januari 2008 .

 

33.

 

 

Wakil Pembantu Tadbir (Kewangan) memohon agar BPSM menganjurkan kursus khusus berhubung BITK untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan persediaan menghadapi peperiksaan.

 

 

BPSM telah mengadakan tiga (3) siri Kursus Pengurusan Kewangan iaitu pada 23-25 Mac 2007 (Concorde Inn, Sepang), 27-29 Mei 2007 (Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang) dan 27-29 Julai 2007 (Fraser Hill, Pahang).

 

34.

 

 

Wakil Penolong Pegawai Tadbir memohon agarkemudahan penghawa dingin berasingan disediakan di semua bilik. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pegawai sekiranya menjalankan tugas di luar waktu pejabat.

 

 

Kemudahan penghawa dingin berasingan bagi setiap bilik masih belum boleh dilaksanakan , memandangkan pematuhan kepada langkah penjimatan Kerajaan Negeri. Pembelian Harta Modal tidak dibenarkan selaras dengan Surat Hebahan SUK Bilangan 36 Tahun 2007 .

 

35.

 

Wakil Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) memohon agar jawatan PPTM ini ditambah dan di samping itu, memberikan peluang kakitangan kontrak diberikan pertimbangan untuk menjawat jawatan bertaraf tetap .

 

 

 

36.

 

 

Wakil PPTM memohon agar BPSM menganjurkan kursus-kursus terkini berkenaan teknologi maklumat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.

 

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) akan mengadakan kursus ini pada 17-21 Mac 2008 (Siri 1) dan 21-23 April 2008 (Siri 2) . Kursus-kursus lain akan dilaksanakan atas permintaan dari semasa ke semasa.

 

 

37.

 

 

Wakil Operasi Mesin Prosesan Data (OMPD) memohon agar Elaun Pakaian Panas dinaikkan daripada RM150.00 kepada RM300.00 sehelai memandangkan peningkatan kos semasa.

 

38.

 

Wakil PAP memohon agar Kertas Soalan PTK diberikan kepada calon supaya boleh dijadikan sebagai rujukan.
 

 

 

 

39.

 

 

Wakil PAP turut mencadangkan agar kemudahan penghawa dingin dipasang di surau SUK bagi menambah tahap keselesaan di kalangan kakitangan dan orang awam yang menggunakannya.

 

 

 

Cadangan menyediakan kemudahan ini di Surau SUK akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

 

40.

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi mengarahkan agar BPSM menganjurkan kursus pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan 4x4 kepada pemandu SUK.

 

 

Kursus ini telah diadakan pada 20-21 Julai 2007 melibatkan seramai 35 orangpemandu di Slim River, Perak .

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi mengarahkan agar kursus ini diteruskan di masa akan datang iaitu sekali setahun . Kursus seumpama ini baik untukmempertingkatkan kemahiran dan memperbaiki komunikasi di kalangan pemandu.

 

 

41.

 

 

Maklumat MBJ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di dalam laman web Kerajaan Negeri Selangor .

 

 

Urus setia BPSM dan pihak Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi telah bekerjasama menyediakan sudut khas MBJ di dalam laman web Kerajaan Negeri Selangor . BPSM akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat yang dipaparkan sentiasa up to date .

 

 

 

 

 

 

42.

 

 

Wakil Penolong Pegawai Tadbir mencadangkan agar BPSM menganjurkan kursus bimbingan PTK kepada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional dan Kumpulan Sokongan I .

 

 

 

43.

 

 

Wakil PPTM mencadangkan agar urusan tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa dilaksanakan secara atas talian (online) bagi memudahkan perkiraan dan centralized .

 

 

KPSU(Kewangan) memaklumkan prosedur tuntutan elaun perlu diuruskan secara manual bagi memastikan setiap perincian dokumen diteliti dengan cermat. Y.Bhg. Dato' mengalu-alukan idea penambahbaikan prosedur sedia ada demi kebaikan semua pegawai dan kakitangan.

 

 

44.

 

 

Permohonan daripada Juruteknik, Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi untuk menganggotai MBJPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

 

Y.Bhg. Dato' Pengerusi bersetuju melantik Encik Amirhisham Bin Akaludin, Juruteknik Komputer, Gred FT17 PTMK selaku Wakil Juruteknik . Surat Pelantikan telah disediakan oleh urus setia dan ditandatangani oleh Y.Bhg. Dato' Pengerusi pada 31 Disember 2007 .

 

 

45.

 

 

Wakil OMPD memohon agar kursus bimbingan atau sesi Latihan Ujian Kederasan (trial) diadakan khusus untuk OMPD yang baru dilantik.

 

 

 

BPSM telah mengadakan Latihan Ujian Kederasan Bagi Hadiah Kenaikan Pangkat OMPD pada 22-26 Oktober 2007 lalu. Secara keseluruhannya, seramai12 orang OMPD yang telah mengikuti sesi latihan ini.

 

46.

 

 

Wakil Pembantu Am Pejabat (PAP) memaklumkan masih terdapat beberapa PAP yang kurang mahir mengendalikan komputer. Sehubungan dengan itu, wakil PAP mencadangkan agar sesi latihan atau kursus kemahiran komputer dilaksanakan di masa akan datang.

 

 

Kursus Kecemerlangan PAP telah diadakan pada 19-21 Julai 2007 di Rumah Peranginan Negeri Sembilan . Kursus ini melibatkan seramai 40 orang PAP daripada pelbagai Jabatan / Agensi di Negeri Selangor.


Kemaskini pada 2019-06-04 15:22:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page