Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Tourism Selangor dan MBI lancar kempen Clean And Green

SHAH ALAM, 24 APR: Tourism Selangor dengan kerjasama Flyfirefly Sdn Bhd dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) memperkenalkan satu pelan inisiatif pakej pelancongan terbaharu iaitu Kempen ‘Clean & Green’.

berita

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, kempen terbabit bertujuan memupuk semangat mencintai keindahan alam flora dan fauna dalam kalangan masyarakat, khususnya di tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung.

Katanya, pelan inisiatif dimaksudkan adalah pelancongan sukarelawan, iaitu Kempen ‘Clean & Green’ berkonsepkan ‘Volunteer Tourism’ atau lebih dikenali sebagai ‘Voluntourism’.

“Tourism Selangor memberi pendedahan umum berkenaan ‘Voluntourism’ melalui Kempen Cabutan Bertuah kepada pengunjung yang berkunjung ke Taman Eko Rimba Kanching (TERK) yang merupakan produk pelancongan, di bawah seliaan Tourism Selangor.

“Pengawasan dan pengelolaan pembersihan sampah perlu diselenggara dengan baik dan sistematik bagi menjaga rizab flora serta fauna yang kian terancam.

“Tourism Selangor mengambil langkah proaktif memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan tanggungjawab dan kepentingan pengurusan sampah demi menjaga kebersihan serta keindahan alam juga sistem eko-pelancongan dalam keadaan terurus,” katanya dalam kenyataan.

Noorul Ashikin berkata, kempen itu juga mampu memberi impak inspirasi dan motivasi kepada seluruh lapisan masyarakat serta pentingnya tanggungjawab terhadap alam persekitaran.

Katanya, Kempen Cabutan Bertuah itu mampu meningkatkan imej negara di persada dunia dan menjadikan Selangor sebagai pelancongan ‘Clean & Green’ setara negara membangun seperti di Eropah.

TERK menjadi lokasi bagi Kempen ‘Clean & Green’ yang julung kali diadakan dalam tempoh setahun bermula Februari 2018 sehingga Febuari 2019.

TERK adalah produk pelancongan utama, di Selangor yang sering menjadi pilihan utama bagi pelancong tidak kira di dalam negeri mahupun luar negara.

Statistik kedatangan pelancong di lokasi itu menunjukkan kehadiran 95,311 pengunjung, pada 2017.

Sesi cabutan bertuah pula akan dilakukan empat kali dalam setahun.

Diskripsi program itu menerangkan kepada setiap pengunjung dikehendaki untuk mengutip sebarang bentuk bahan buangan atau sampah-sarap dan mengumpulkannya di tempat yang disediakanpihak urusetia di kaunter sewaktu pulang.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-25 11:56:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page