Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Longkang diperdalam elak banjir kilat

berita

PETALING, 21 APR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM19,800 bagi mendalamkan sepanjang 200 meter longkang di Taman Kanagapuram, Seksyen 18 kawasan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R. Rajiv berkata, perkara itu dilaksanakan selepas beliau mendesak MBPJ dan mendapat persetujuan untuk mendalamkan dan telah siap.

Katanya, bagaimanapun itu hanyalah usaha yang dapat dibuat oleh pihaknya untuk jangka masa pendek kerana kawasan tersebut merupakan tapak pembinaan sekolah tamil milik Kementerian Pendidikan.

“Saya bersama MBPJ merancang untuk membina longkang konkrit supaya masalah banjir dapat terus diatasi.

“Namun selepas perbincangan MBPJ bersama kementerian, perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana kementerian mendakwa pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pembinaan sekolah.

“Bagaimanapun sehingga kini masih tidak ada tanda-tanda sekolah akan dibina walaupun pelancaran telah dibuat setiap tahun sejak 2012,” katanya kepada SelangorKini.

Rajiv berkata, baru-baru ini juga sekali lagi SJK (T) PJS 1 dilancar Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam untuk membina sekolah dengan kos pembinaan RM19.62 juta.

Oleh itu, Rajiv berkata, perkara itu perlu dikotakan kerana perkara utama yang diatasi adalah masalah banjir melanda kawasan itu.

“Jika sekolah berjaya dibina, mereka juga akan bertanggungjawab untuk membina longkang konkrit. Namun jika ia hanya sekadar cakap mulut, mereka harus membenarkan MBPJ masuk dan membina longkang.

“Selain itu, kawasan ini juga tidak dijaga oleh kementerian sehingga dijadikan pusat pembuangan sampah haram,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-25 09:50:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page