Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Penyerahan Notis 5A, masalah peneroka diatasi

berita

RASA, 14 APR: Kerajaan Negeri mengatasi masalah membelenggu peneroka Felda Sungai Buaya dengan penyerahan Notis 5A di kampung itu, semalam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, masalah sekian lama dihadapi kumpulan peneroka itu wajar diatasi segera kerana mereka terbeban dengan isu berkenaan.

“Isu tanah Felda Sungai Buaya ini antara isu yang lama iaitu kira-kira 24 tahun membabitkan 363 peneroka di atas 1,000 ekar tanah tidak dapat dibangunkan kerana dirampas Kerajaan Negeri atas alasan mereka tidak membayar cukai.

“Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai kuasa terhadap tindakan itu tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan peneroka terkesan kerana tidak memilikinya.

“Maka Kerajaan Negeri hari ini mengatasinya dengan memberi pemilikan tanah kepada peneroka yang diluluskan pada Januari lalu,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Dalam majlis penyerahan Notis 5A di Kampung Sungai Buaya, Mohamed Azmin menyerahkannya kepada sebahagian daripada 363 peneroka di kampung dalam mukin Serendah serta 206 dari mukim Sungai Tinggi dan 21 (Hulu Bernam).

Beliau berkata, masalah tanah di kampung itu timbul apabila syarikat dipertanggungjawabkan oleh peneroka gagal menunaikan janji bagi membangunkannya.

Katanya, masalah berlarutan apabila Kerajaan Negeri diterajui mantan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010 bertindak merampas tanah berkenaan.

“Dengan penyelesaian dilakukan, kita serahkan tanah ini kepada semua peneroka dan mereka akan memilikinya dengan satu ekar setiap peneroka untuk tujuan pertanian dan Kerajaan Negeri juga tidak akan mengenakan bayaran premium semasa kerana membebankan mereka.

“Kerajaan Negeri turut mengesyorkan penyelesaian menyeluruh bersama peneroka mengusulkan terma penyelesaian termasuk pampasan wang tunai 50 peratus daripada baki tunggakan akan dibayar kepada semua peneroka,” katanya.

Beliau berkata, isu tanah Felda Sungai Buaya itu adalah antara isu legasi tanah yang lama di Selangor selain isu tanah di Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam Utama.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-25 09:45:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page