Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Stadium MPAJ bernilai RM23 juta dengan RM1.3 juta GST

berita

AMPANG, 9 APR: Projek Stadium Mini Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menelan belanja RM23 juta turut membabitkan RM1.3 juta bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan Kerajaan Persekutuan.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain, berkata, stadium mini itu dibina sepenuhnya melalui peruntukan MPAJ sendiri.

“Syukur ke hadrat Allah, berkat usaha gigih seluruh warga kerja MPAJ menempuh pelbagai rintangan dan halangan akhirnya stadium ini dapat dibina dan disiapkan serta dirasmikan pada pagi ini dengan peruntukan MPAJ sendiri, bernilai RM23 juta dengan RM1.3 juta GST.

“Pembinaan telah dimulakan pada hujung 2015 dan siap pada bulan April ini,” katanya pada Majlis Perasmian Stadium MPAJ 2018 di Pandan Perdana di sini, hari ini.

Jelasnya, sama seperti projek pembangunan lain, pembinaan stadium itu berjaya dilaksanakan disebabkan keadaan kewangan MPAJ yang baik, langkah penjimatan, ketelusan dan kerja kuat semua pegawai dan kakitangan

Katanya, stadium dilengkapi beberapa ciri teknologi terkini dan mengikut piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya lagi, antara ciri terdapat di stadium itu termasuklah penggunaan rumput sintetik untuk memberi penggunaan maksimum kepada pengguna disebabkan sifatnya yang tahan lasak dan boleh digunakan dalam semua keadaan cuaca.

“Adalah diharapkan supaya masyarakat setempat menghargai stadium ini dan menggunakan dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan vandalisme atau merosakkanya,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:39:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page