Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

MAIS salur RM2.8 juta bantu Rumah Pemulihan Riqab

berita

KLANG, 3 APR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan kira-kira RM2.8 juta untuk Rumah Pemulihan Riqab (RPA) bagi menangani gejala sosial di negeri itu.

Pengerusinya, Dato’ Setia Mohammed Khusrin Munawi berkata, bantuan berkenaan sehingga kini berjaya membantu Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menangani gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), akidah, sosial serta dadah.

“MAIS sedar masalah tersebut berjaya diselesaikan sekiranya mendapat kerjasama dari NGO yang aktif membantu golongan berkenaan.

“Untuk tahun ini sahaja, kira-kira 28NGO menerima peruntukan daripada geran RPA.

“Ia supaya golongan yang dikategorikan sebagai riqab ini mendapat bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain dapat membantu mereka yang terbabit kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Khusrin turut memaklumkan usaha MAIS dan NGO berkenaan juga mendapat perkembangan yang positif saban tahun.

“Walaupun masalah sosial sebegini tidak dapat diselesaikan 100 peratus, namun pihak kami melihat usaha ini sekurang-kuranganya dapat mengawal ianya daripada semakin merebak.

“Lebih membanggakan apabila usaha ini turut mendapat bantuan daripada ramai pihak termasuk kaunselor yang terlatih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada 17 RPA di Hotel Aliyya, Klang, hadir sama Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin dan Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Antara RPA yang menerima sumbangan ialah Rumah Safiyyah, Baitul Islah dan Sahabat PENGKID, turut menerima sumbangan ialah Rohingya Education Centre (REC) yang beroperasi di Klang dan juga Gombak yang menerima sumbangan sebanyak RM960,000.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:29:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page