Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Jom serah haiwan anda tak mahu pada MBSA

SHAH ALAM, 2 APR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan program ‘Jom Serah Haiwan Anda Tak Mahu Kami Terima’, pada 4 April ini, bermula jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang, di Stor MBSA, Jalan Sepat 17/57, Seksyen 17, Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat dan menggalakkan kerjasama berterusan daripada semua pihak supaya bersikap lebih bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran bersih serta selamat.

“Selain itu, program ini juga adalah langkah pro aktif mengawal peningkatan populasi anjing dan kucing terbiar di kawasan pentadbiran Majlis, dengan hanya haiwan peliharaan iaitu anjing serta kucing sahaja terbabit dalam program ini.

“Program ini terbuka hanya kepada masyarakat bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis sahaja. Orang ramai juga diminta membawa salinan bil elektrik, bil air atau cukai taksiran sebagai bukti pengesahan semasa membawa kucing atau anjing untuk dihantar ke stor MBSA,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menyerahkan kucing atau anjing mereka boleh hadir ke stor MBSA, pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA di talian 03-55222794.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 12:26:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page