Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

SIBS 2018 kembali pada 6 hingga 16 September ini

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Agensi penggalak pelaburan negeri, Invest Selangor Berhad terus komited memacu pelaburan tempatan dan asing ke Selangor dalam pelbagai industri.

Salah satu usahanya ialah menerusi penganjuran Selangor International Business Summit (SIBS) 2018 yang bakal diadakan, pada 6 hingga 16 September ini, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Hasan Azhari Idris berkata, menerusi penganjurannya, SIBS mampu menjadi landasan strategik untuk pemasaran, kerjasama dan perkongsian serta maklumat berkenaan perkembangan teknologi terkini, di seluruh dunia.

“Kami berbesar hati menganjurkan edisi kedua yang juga salah satu kejayaan luar biasa bagi kita semua.

“Kami berhasrat menjana peluang perniagaan yang saling menguntungkan bukan sahaja untuk Selangor atau Malaysia tetapi juga komuniti setempat,” katanya pada Majlis Pelancaran SIBS, di MiTEC, di sini.

Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, SIBS mewujudkan landasan bagi syarikat multinasional tempatan dan asing, perusahaan kecil dan sederhana serta usahawan mempamerkan produk juga perkhidmatan mereka.

Terdahulu, SIBS 2018 dijangka mencatatkan urus niaga bernilai RM250 juta, kira-kira 20 peratus lebih banyak daripada jumlah dicapai tahun lalu.

Sidang kemuncak akan datang itu dijangka menempatkan 1,000 gerai dan menampung antara 23,000 hingga 25,000 pelawat, peningkatan dari 691 gerai dan 22,071 pengunjung.

Agensi Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada sektor makanan dan minuman untuk acara akan datang, termasuk produk dan perkhidmatan halal, teknologi makanan, sains makanan dan perkhidmatan makanan.

Sembilan organisasi sokongan berjanji menjadi sebahagian daripada sidang kemuncak, termasuk Persekutuan Pengilang Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia, dan Persatuan Rangkaian Malaysia.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-04-09 11:03:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page