Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

PJ Car Free Day Sarat Acara Menarik

berita

berita

PETALING JAYA, 5 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam memeriahkan ‘PJ Car Free Day’ di Taman Bandaran Kelana Jaya, pada 11 Mac ini.
 
Menerusi laman facebooknya, MBPJ berkata orang ramai berpeluang menyertai aktiviti menarik termasuk senamrobik, sewaan basikal, tamiya, santai budaya dan ‘roller blade’.

Orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan seperti mewarna, permainan tradisional, busana tradisional kreatif dan solekan pengantin.

Lebih menarik, program anjuran MBPJ itu dimeriahkan dengan pertunjukan ‘drone’, kompang lima beradik, silap mata, yoyo cina dan pertunjukan kebudayaan lain.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah seperti basikal dan barangan elektrik.

Dalam program sama, MBPJ turut menganjurkan ‘PJ Smart Ride’ dengan kayuhan basikal sejauh 45km dengan peserta dibekalkan t-shirt, medal, ‘energy booster’ dan sarapan pagi.

Mereka berminat menyertai acara kayuhan itu boleh mendaftar secara atas talian di alamat https://goo.gl/forms/B1ggkHJ4HEb16V4z2 sebelum temppoh berakhir 9 Mac ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program itu boleh menghubungi urus setia program di 03-7956 0203 atau 03-7956 3544.


Kemaskini pada 2018-03-08 14:14:06 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page