Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Pesakit Bengkak Hati Terima Bantuan LZS

berita

SHAH ALAM, 4 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus prihatin menghulurkan bantuan zakat kepada Ismail Abdullah yang menghidapi sakit bengkak hati sejak empat tahun lalu.

LZS menerusi laman facebook berkata, Ismail hanya mampu mengambil upah bekerja di kebun sawit dan sayuran dengan purata pendapatan RM500 sebulan dan kadang kala beliau tidak dapat bekerja.

“Isterinya, Syareena Jamal juga tidak bekerja kerana menguruskan empat anak yang sekolah dan seorang lagi masih kecil berusia empat tahun.

“Sehubungan itu, LZS menghulurkan bantuan tahunan hari raya, pendidikan dan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 sebulan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya lagi, beliau juga menerima bantuan perubatan secara percuma.

Selain itu, bagi mencukupkan keperluan asasi, Ismail juga layak menerima bantuan sewa rumah bermula Mac tahun ini memandangkan beliau kini sakit kronik dan tidak dapat bekerja secara berterusan dalam sebulan,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-03-08 11:16:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page