Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Exco Serah Skim Peduli Sihat Penjawat Awam

berita

BANTING, 2 MAC : Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi menyerahkan skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) kepada tiga penerima, hari ini.

Daroyah berkata, setiap daripada satu keluarga menerima RM10,000 sebagai sumbangan daripada Kerajaan Negeri.

“Ia sedikit sebanyak meringankan beban keluarga penjawat awam yang ditimpa musibah.

“Ahli PSPA menerima pelbagai manfaat antaranya had rawatan dan perubatan, khairat kematian akibat kemalangan atau semulajadi serta faedah kecacatan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan skim PSPA kepada dua penerima bertempat di Kampung Sungai Lang, Banting, di sini, hari ini.

Dua penerima berkenaan adalah Shallahmah Ramasamy yang kematian suaminya, Danapalan Sellamuthu dan Noraziah Mahadi yang turut kematian suaminya, Zahar Sapar.

Daroyah berkata, untuk permulaan Kerajaan Negeri memperuntukan RM3 juta bagi melaksanakan skim berkenaan khusus kepada penjawat awam gred 44 dan ke bawah.

“Jika ada sebarang musibah berlaku kepada penjawat awam, kita akan menggunakan wang tersebut untuk dihulurkan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima, Noraziah Mahadi, 43, berkata, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana melaksanakan skim berkenaan.

“Saya berasa terharu apabila Kerajaan Negeri tampil dan sudi membantu keluarga kami,” katanya yang baru sahaja kehilangan suaminya pada 25 Januari lalu akibat sakit buah pinggang.

Terdahulu, Daroyah turut menyerahkan skim PSPA kepada seorang penerima di Shah Alam iaitu Zawawi Mohd Muslim yang kematian isterinya Norhazyanti Mat Isa.


Kemaskini pada 2018-03-08 11:06:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page