Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Sasar 100 makanan terbaik Selangor dikumpulkan dalam satu acara

SHAH ALAM, 24 FEB: Sebanyak 100 makanan terbaik Selangor akan dikumpulkan dalam satu acara bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk sama-sama menikmati keunikan makanan lokal dan ‘street food’ di Selangor.

Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia adalah sasaran bersempena dengan Selangor International Food Festival yang bakal kembali pada tahun ini.

“Ia bagi meneroka kepelbagaian makanan dan minuman lokal yang menjadi tarikan dalam kalangan masyarakat sama ada di dalam dan luar negeri,” katanya.

Amirudin berkata demikian dalam catatan di laman Facebooknya ketika di Mumbai pada 23 Februari lalu, bagi mempromosikan Selangor International Food Festival 2018 bersempena program Malaysian Magic @ Pondichery Cafe, Sofitel Hotel & Resorts Mumbai.

Lawatan itu juga untuk meninjau potensi Mumbai sebagai satu peluang menarik pelancong India datang ke Selangor khasnya, yang terkenal dengan kepelbagaian makanan rakyat popular seperti Satay Kajang, Nasi Ambeng, Tauhu Sumedang, Cendol dan makanan popular kaum Cina serta India.

Turut hadir, Konsul General Malaysia di Konsulat Malaysia Mumbai, Zainal Azlan Mohd Nadzir, Pengarah Tourism Malaysia  Mumbai, Mohd Hafiz Hashim dan Pengurus Besar Sofitel Mumbai, Biswajit Chakraborty.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-02-26 10:11:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page