Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

PKNS sedia lot niaga bantu usahawan asnaf

SHAH ALAM, 20 FEB: Lebih 80 tapak jualan usahawan pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan di ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall bagi edisi kedua Program Kasih PKNS Merakyatkan Ekonomi Selangor 2018 bermula 14 hingga 25 Februari ini.

Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, dengan kerjasama PKNS Real Estate Sdn. Bhd., Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dan Hijrah Selangor program itu memberi tumpuan keprihatinan kepada keperluan golongan peniaga asnaf.

“Kita membantu menyediakan ruang niaga dengan kadar sewaan tapak yang minimum sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat PKNS disamping menyokong agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) oleh Kerajaan Negeri.

“Melalui program ini kita dapat memperkasakan agenda keusahawanan melalui peluang yang diberi sebagai mekanisme penggerak kepada perkembangan ekonomi golongan asnaf dan belia bawah 40 tahun dimana mereka dapat meraih peluang pasaran lebih meluas”, katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, Ishak berkata, penganjuran kali itu juga PKNS menganjurkan kejohanan ‘3 on 3 Street Soccer’ bagi kategori terbuka dan bawah 17 tahun.

Katanya, orang ramai dijemput menyertai kejohanan itu dengan yuran penyertaan sebanyak RM50 setiap pasukan bagi 30 pasukan terawal yang bakal berlangusng 24 Februari ini.

“Mereka yang berminat boleh menghubungi di talian 019-3525016 (Wani) dan merebut wang tunai berjumlah RM1,500 bagi juara

“Tempat kedua bakal memengai hadiah wang tunai berjumlah RM750 dan RM400.00 masing-masing bagi tempat ketiga dan keempat untuk setiap kategori,” katanya.

Difahamkan, program akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali pada 24 Februari ini bermula seawal 11.00 pagi.

Antara produk jualan ditawarkan termasuk pakaian, makanan kering dan peralatan permainan kanak-kanak, manakala di luar kawasan barat SACC Mall, PKNS menempatkan 10 tapak jualan bagi produk makanan seperti nasi beriani, pizza bumiputera dan pelbagai minuman.

Jelas Ishak lagi, lebih menariknya turut disajikan aktiviti peragaan fesyen, demo solekan professional, gubahan bunga, kempen derma darah dan dekorasi kek serta sedikit kelainan dimana mini 4WD Tournament yang julung kali diadakan turut memberi variasi kepada aktiviti ‘indoor’ dan aktiviti ‘Street Soccer’ turut diadakan.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-02-26 10:02:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page