Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

Tesco Extra Seksyen 13 tutup beri laluan IJN-SELGATE dibina

SHAH ALAM, 5 FEB: Pasaraya Tesco Extra di Seksyen 13 bersebelahan pusat membeli belah Aeon akan mengakhiri operasi mereka bagi memberi laluan kepada pembangunan Bandar Perubatan SELGATE di tapak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SELGATE, Noor Hisyam Mohd Ghouth berkata, Tesco sudah memaklumkan pengosongan bangunan akan dibuat sehingga hujung bulan ini.

“Pelan pembangunan pusat perubatan pakar dalam perawatan jantung dan penjagaan kesihatan itu akan mula dihantar pada suku tahun ketiga 2018,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pusat perubatan pakar Hospital Pakar IJN-SELGATE itu bakal dibina dalam kerangka pembangunan Bandar Perubatan SELGATE di atas tanah seluas 4.6 hektar dengan kos pembangunan sekitar RM250 juta dan dijangka mula beroperasi menjelang 2020.

Inisiatif kerjasama antara IJN Holdings dengan SELGATE Corporation Sdn Bhd itu turut menawarkan perkhidmatan pada kos berpatutan dengan mensasarkan masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah.

Penutupan operasi Tesco Extra cawangan itu dimaklumkan menerusi gegantung yang dipasang di kawasan sekitar selain netizen berkongsi foto berkenaan di laman sosial.

“Terima kasih. Kami akan berpindah kelak, 28 Februari 2018,” katanya.

Pengguna masih boleh terus membeli belah cawangan Tesco Shah Alam, Seksyen 13 berhampiran Bulatan Kayangan selain menerusi atas talian di tesco.com.my.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-02-15 15:04:51 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page