Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

LZS salur lebih RM191,000 bantu 520 pelajar asnaf

SHAH ALAM, 31 JAN: Seramai 502 asnaf fakir, miskin dan mualaf dari 30 buah kariah masjid daerah Hulu Selangor menerima bantuan cermin mata dan alat bantu pendengaran bernilai RM191,950 baru-baru ini.

Menurut laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS), daripada jumlah itu seramai 240 menerima cermin mata berjumlah RM137,300, lapan menerima alat pendengaran (RM52,150) dan seorang menerima kerusi roda yang bernilai RM2,500.


 
“Matlamat utama bantuan ini bertujuan menyalurkan bantuan kepada golongan pelajar dan dewasa yang sangat memerlukan.

“Pemohon bantuan ini juga perlu melalui proses tapisan kelayakan yang sama iaitu dengan melihat tahap keperluan pemohon,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang pelajar yang menerima alat pendengaran Norhaniza Zakaria gembira apabila kini anaknya, Mukriez Shah Hakim Abdullah, 13, boleh mendengar.

“Sebelum ini apabila nak bercakap dengan Mukriz, kena cakap kuat dan perlu tunjuk apa yang kita nak. Sekarang tidak perlu lagi,” katanya.

 

sumber: selangorkini


Kemaskini pada 2018-02-01 09:19:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page