Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

MPSJ buka permohonan tapak bazar Ramadan

SUBANG JAYA, 24 JAN: Permohonan tapak bazar Ramadan bagi kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dibuka secara dalam talian, bermula 1 Februari ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, tarikh akhir permohonan adalah pada 18 Februari dan pemohon mempunyai tempoh kira-kira dua minggu untuk berbuat demikian.


 
“Hanya permohonan secara ‘online’ sahaja akan dipertimbangkan, justeru semua urusan termasuk mendaftar, memilih dan memuat naik dokumen sokongan serta proses pembayaran perlu dilakukan secara dalam talian.

“MPSJ turut menyediakan terminal komputer bersama bantuan pegawai, di ibu pejabat MPSJ jika terdapat kemusykilan berhubung permit berkenaan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Permohonan Bazar Ramadan Online MPSJ, di sini, hari ini.

Noraini berkata, sebanyak 15 lokasi bazar Ramadan diperuntukkan meliputi 1375 petak, pada tahun ini.

Katanya, bagi memeriahkan Ramadan kali ini, MPSJ merencana pelbagai program antaranya cabutan undi petak bazar, Kempen Sayangi Bumi Kita (bebas plastik) dan pertandingan penjaja contoh.

Sementara itu, Pengarah Perlesenan MPSJ, Muhammad Azli Miswan berkata, seramai 33 dari 63 penjaja dibatalkan permit untuk Ramadan kerana melanggar syarat perlesenan.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah menggunakan pekerja warga asing, menjual tapak kepada orang lain dan meninggalkan barang di tapak.

“Selebihnya masih boleh membuat permohonan, namun mereka diberi amaran untuk tidak melakukan kesalahan yang sama jika tidak mahu lesen dibatalkan,” katanya.

 

sumber: selangorkini


Kemaskini pada 2018-01-25 09:26:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page