Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

UNISEL lebar jaringan pendidikan ke Bangladesh

\

SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri memperlebar jaringan pendidikan negeri dengan menawarkan peringkat pengajian jangka panjang, di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bangladesh.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman optimis penubuhan kampus baru itu mampu mengukuhkan konteks pendidikan kepada mahasiswa, di Selangor.


 
“Kita sudah memulakan peringkat pengajian asas UNISEL di Bangladesh juga di Selangor Business School, di Menara PKNS Petaling Jaya.

“Tetapi disebabkan 2018 baru bermula, sukar untuk kita nyatakan kejayaan yang diraih, namun kita merancang untuk membuka dan menjadikan kampus ini sebagai kampus yang mampu membawa kepada kecermerlangan UNISEL di luar negara,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, UNISEL menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Institute Of Learning (INSIGHT) bagi melebarkan sayap pendidikannya dengan pembukaan kampus cawangan baharu di Dhaka, Bangladesh.

Sebagai IPTS pertama di Malaysia yang berbuat demikian, perkembangan itu disifatkan cukup sihat dan mampu melonjakkan sinergi baharu universiti terbabit sebagai ikon ‘Peneraju Tranformasi’ ke peringkat lebih besar.

Sebelum ini, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL, Profesor Dr Mokhtar Abdullah berkata, operasinya dijangka bakal memberi peluang kepada lanjutan perkembangan pendidikan serantau institusi milik Kerajaan Negeri itu.

 

sumber: selangor


Kemaskini pada 2018-01-18 09:59:28 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page