Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Aplikasi i-ADU efisien, bantu orang awam salur aduan pantas

SHAH ALAM, 15 JAN: Sistem aplikasi i-ADU yang diperkenalkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak 2017 lalu berjaya menerima 722 aduan daripada orang awam setakat ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, applikasi yang membolehkan orang awam mengemukakan aduan secara 24 jam itu adalah inisiatif MBSA menyediakan sistem pengurusan aduan yang lebih efisien dan pantas.

 

 

“Aplikasi i-ADU ini adalah kaedah penyaluran aduan yang lebih menyeluruh dimana proses membuat, semakan, penerimaan maklumbalas dan penilaian tahap kepuasan penyelesaian berkaitan aduan dilaksanakan di dalam talian.

“Setiap aduan diterima melalui aplikasi i-ADU akan direkodkan ke dalam sistem aduan iResponz MBSA dan nombor rujukan akan diberikan kepada pengadu dalam bentuk pesanan ringkas (SMS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aplikasi i-ADU boleh di muat turun pengguna Android melalui aplikasi Google Play Store dan pengguna hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kata laluan bagi mengakses aplikasi i-ADU.

Shahrin berkata, pelaksanaan aplikasi i-ADU juga selaras dengan usaha MBSA menjayakan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti digariskan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu memperkasakan sistem pengurusan aduan lebih moden dan mudah di akses.

Katanya, selain i-ADU pengguna juga masih boleh menyalurkan aduan melalui laman sesawang MBSA, talian bebas tol 1800-884477, secara bersemuka, surat, borang dan di media sosial MBSA.

“Ini juga merupakan komitmen berterusan MBSA mempertingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian demi kemudahan dan kesenangan masyarakat khususnya warga kota Shah Alam.

“Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan sistem i-ADU ini, sila hubungi Unit Aduan, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1569 dan 1606,” katanya.


Kemaskini pada 2018-01-16 09:32:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page