Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

UNISEL sahut agenda martabat tadisi seni budaya Selangor

BESTARI JAYA, 28 DIS: Penganjuran Malam Festa Seni Alam Melayu Universiti Selangor (UNISEL) dilaksanakan seiring komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memartabatkan agenda budaya dan kesenian, di Selangor.

Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISEL, Amidi Abdul Manan berkata, pengisian program tertumpu kepada inisiatif mahasiswa universiti milik Kerajaan Negeri itu untuk tampil mengetengahkan kepelbagaian persembahan seni dan budaya.
“Saya cukup bangga apabila program ini dilaksanakan sehabis baik dan dijayakan dengan begitu cemerlang walaupun pada awalnya terdapat beberapa halangan untuk dilaksanakan.

“Bagaimanapun, saya difahamkan pengarah program ini adalah seorang wanita dan apa yang menariknya, ia dilaksanakan dengan baik dalam usaha mahasiswa mengangkatkan mutu kesenian dan budaya ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Malm Festa Seni Alam Melayu di Auditorium FPSS, Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya, malam tadi.

Difahamkan, lebih 2,000 mahasiswa terbabit sama sepanjang program menerusi persembahan budaya, forum seni, panggung puisi, ciptaan lagu, teater dan tarian tradisional.

Amidi berkata, mahasiswa UNISEL perlu bersikap lebih terbuka untuk terus menyokong agenda kesenian dan budaya supaya keunikan tradisi sedia ada itu tidak hanyut ditelan kemajuan zaman.

“Hubungan yang kuat antara generasi muda dan seni budaya itu wajar dipertahankan. Erti kata lain, perjuangan untuk mempertahankan seni budaya ini bukan terletak kepada golongan tradisionalis atau orang lama.
“Kekuatan bangsa ini berada pada akar budaya dan jangan kita remehkan hal ini kerana tanpa budaya, ia akan melenyapkan sesuatu bangsa,” katanya.

 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-12-29 10:03:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page