Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

Cawangan baru Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall

PUTRAJAYA, 28 DIS: Selepas enam tahun beroperasi, Pak John Steamboat & BBQ, meluaskan operasinya dengan pembukaan cawangan baru di IOI City Mall, di sini, hari ini.

Ia adalah cawangan pertama bagi restoran makanan steamboat dan panggang dengan premis utama di e@curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya, bermula pada 2013.
Pengarah Operasinya, C S Chong berkata, pembukaan cawangan baru itu bagi meluaskan operasi premis berkenaan selain memberi peluang kepada pengemar masakan steambot juga panggang, di kawasan Putrajaya dan sekitarnya.

“Sejak bermula enam tahun lalu, sambutan diterima amat baik dan bagi memenuhi permintaan penggemar makanan, kita membuka cawangan baru ini.


“Dari semasa ke semasa, kita akan terus menambah baik menu sedia ada demi memenuhi selera pelanggan,” katanya kepada media selepas majlis perasmian cawangan baru itu.

Majlis perasmian pembukaan cawangan baru Pak John Steamboat & BBQ disempurnakan selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor.

Chong berkata, pihaknya juga merancang membuka lebih banyak cawangan restoran itu pada masa akan datang dengan sasaran terdekat, pada tahun depan.

“Kita mensasarkan membuka cawangan ketiga pada tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Rosyam berharap Pak John Steamboat & BBQ akan terus mendapat sambutan ramai kerana makanan disajikan mewakili selera masyarakat tempatan dengan harga berpatutan.

“Dunia perniagaan khasnya makanan memainkan peranan begitu besar kerana negara kita antara mendapat tumpuan pelancong untuk dilawati, sekali gus kewujudan premis makanan hebat sebegini diperlukan bagi tujuan promosi,” katanya.

Pak John Stamboat & BBQ berkonsep buffet dengan harga RM42.90++ menyajikan 160 menu bahan makanan boleh direbus atau dipanggang.

Ia juga menyediakan pencuci mulut seperti buah-buahan, sagu gula Melaka, tembikai susu cair, ais kacang dan aiskrim.

Bersesuaian dengan tagline “We Only Serve Quality & Fresh” maka tidak hairan semua bahan disediakan memang segar dan berkualiti.

Turut hadir, Pengarah Urusan Pak John Steamboat & BBQ, David Chong.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-12-29 10:01:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page