Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Perkhidmatan : Kasih Ibu Smart Selangor

Kasih Ibu Smart Selangor

kiss mula 2018

Laman web dan sistem online >>https://www.kiss.com.my

PENGENALAN

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)

SYARAT KELAYAKAN

1.  Warganegara Malaysia; dan

2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 

3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 

4.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan

5.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

 

CARA MENDAFTAR

Akan datang Secara atas talian : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau
Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di :
1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
​2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya​​

borang kiss mula 2018


Urusetia untuk dihubungi:-

contact

 

 

 

 


Kemaskini pada 2018-01-12 16:50:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page