Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT
SUK SELANGOR

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR
KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

396,246 ekar tanah rizab Melayu sudah diwartakan

SHAH ALAM, 9 NOV: Sekurang-kurangnya 396,246 ekar tanah rizab Melayu di seluruh Selangor sudah diwartakan Kerajaan Negeri, setakat 30 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri juga berjaya mendokumenkan semua pelan warta yang dibuat sebelum merdeka dan sudah dibukukan.

“Berdasarkan Enakmen Rizab Melayu, pihak yang boleh membangunkan tanah rizab Melayu adalah mereka yang sudah berdaftar dalam Jadual Ketiga Enakmen Rizab Melayu 1933.

“Kerajaan Negeri juga akan memantau tanah rizab melayu ini yang dipindah milik kepada mereka yang tidak layak,” katanya.

Beliau berkata demikian begi memberi maklum balas Kerajaan Negeri ketika sesi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2018, di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha membangkitkan isu pembangunan di tanah rizab Melayu.

Turut berbahas, ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman bertanyakan berhubung tanah kecil yang boleh dimanfaatkan rakyat.

Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin berkata, tanah berkenaan akan dilupuskan melalui proses pemberimilikan Seksyen 63 Kanun Tanah Negara (KTN) atau Pajakan Seksyen 63 KTN ataupun mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara Seksyen 64 KTN.

“Walaupun begitu, kita tetap pegang prinsip ketelusan supaya kaedah tender terbuka dibuat bagi pelupusan tanah kerajaan,” katanya.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-11-12 19:40:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page