Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Aplikasi SITS Bas Smart Selangor boleh dimuat turun

SHAH ALAM, 7 NOV: Pengguna Bas Smart Selangor kini boleh memuat turun aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) bagi mendapatkan maklumat 34 lokasi laluan Bas Smart Selangor, termasuk PJ City Bus.

Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), YM Raja Shahreen Raja Othman berkata, SITS membolehkan pengguna mengenal pasti perhentian terdekat, di samping menyemak jangkaan waktu ketibaan bas menerusi jadual yang akan dipaparkan.

Katanya, aplikasi dilancarkan itu bertepatan aspirasi Smart Selangor bagi memberi kemudahan dan menaik taraf hidup rakyat menggunakan teknologi sokongan.

“Salah satu isu utama dibangkitkan ketika mengkaji keperluan rakyat untuk Blueprint Smart Selangor adalah isu pengangkutan dan mobiliti.

“Selain melengkapkan Bas Smart Selangor dengan WiFi percuma dan kamera litar tertutup, kemudahan ini diusahakan supaya kami boleh membantu masyarakat dengan melengkapkan kemudahan disediakan Kerajaan Negeri,” katanya.

Bermula 6 November lalu, SITS boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google App Store dan bakal menemui pengguna Apple Play Store sedikit masa lagi.

Sejak mula dilancarkan pada 15 Julai 2015, perkhidmatan Bas Smart Selangor beroperasi dengan 100 bas dan memberi manfaat kepada lebih 11 juta pengguna, di seluruh negeri.

Ketika pembentangan Belanjawan 2018 lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan RM11 juta sebagai sebahagian projek Smart Selangor, termasuk pelaksanaan Projek Perhentian Bas Pintar.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-11-12 19:39:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page