Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

Terjemah konsep Smart Community Engagement

berita

PETALING JAYA, 29 OKT: Pusat Komuniti PJKITA berperanan sebagai projek fizikal menterjemahkan konsep Smart Community Engagement bagi kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar berkata, ia merupakan projek usahasama stakeholders dengan penglibatan komuniti sejak peringkat perancangan lagi.

Katanya, setiap segmen terhasil menerusi perbincangan dengan mengambil kira keperluan dan kehendak masyarakat terutama golongan belia.

“PJKITA Community Centre dilengkapi ciri-ciri komuniti komprehensif dan kondusif.

berita

“Kita yakin ia akan mencetuskan aura dan nilai positif dalam kalangan komuniti terutama kanak-kanak dan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pra perasmian projek berkenaan di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Johary berkata, MBPJ turut bekerjasama dengan Epic Communities dan DTLM Architect bagi menjayakan Street Art sepanjang 120 meter dan ‘mural wall’.

Katanya, ia melibatkan seramai 84 sukarelawan yang mula turun padang setiap hujung minggu, bermula 30 September lalu.

“Terima kasih juga kepada Nippon Paint atas sumbangan 150 tong cat dan Sunway Construction, Lafarge, Brickdotcom, SQ Engineering dan Binaform untuk sumbangan bahan konkrit,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-11-01 07:22:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page