Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

ADN Gombak Setia sampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al-Yamani

berita

GOMBAK, 28 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzwan baru-baru ini menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al-Yamani cawangan Gombak.

Sumbangan sebanyak RM1500 itu sebagai tanda sokongan beliau atas usaha untuk membangunkan fasa dua madrasah itu.

“Sebagai pelancaran pihak saya menghulurkan sumbangan tersebut namun sumbangan dari pelbagai pihak sangat dialukan kerana pihak madrasah menampung para pelajar dan operasi madrasah,” katanya.

Sementara itu, beliau berpendapat pembangunan tahfiz telah bercambah dengan baik kerana banyak permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak ke tahfiz pada masa kini.

“Di samping itu masyarakat juga mempunyai kesedaran untuk mendidik anak-anak berdasarkan didikan agama.

“Maka usaha ini disokong dan dari semasa ke semasa pengurusan dan prasarana akan dipertingkatkan supaya sekolah tahfiz dapat sampai kepada piawaian yang selamat dan selesa,” tambahnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga konsisten sejak lapan tahun lalu dengan membantu sekolah tahfiz dalam pelbagai aspek.

Dalam majlis itu, beliau telah melancarkan Program Kutipan Dana Fasa 2 madrasah tersebut.

Turut hadir Ketua Kampung Changkat, Mukim Setapak, Zainal Abidin Abu Bakar.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-11-01 07:19:42 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page