Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

MB: Hakmilik tanah rakyat diutamakan

berita

SEMENYIH, 27 OKT: Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan terhadap permohonan bagi memiliki geran hak milik tanah kerana rakyat berhak ke atasnya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri meluluskan permohonan penduduk Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi di sini kerana mereka telah meneroka perkampungan itu lebih 30 tahun dan dinafikan hak sekian lama.

“Saya memberi jaminan Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan dan kelulusan untuk rakyat memilikinya.

“Setiap minggu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bermesyuarat membincangkan perkara ini dan antara agenda penting meluluskan permohonan rakyat bagi mendapatkan hakmilik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Geran Hakmilik dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri menyerahkan geran hakmilik kepada 20 keluarga kampung itu manakala baki 27 lagi akan dilakukan selepas proses permohonan diselesaikan.

“Bagi pemilikan hakmilik tanah ini, Kerajaan Negeri juga menetapkan bayaran premium berpatutan untuk rakyat.

“Pembangunan pesat berlaku menyebabkan nilai hartanah di Selangor menjadi tinggi dan Semenyih juga turut mengalaminya,” katanya.

Dalam majlis sama, Dato’ Menteri Besar turut menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM171,300 kepada masjid dan surau di Semenyih bagi tujuan menaik taraf dan baik pulih.

Selain itu, beliau juga menyerahkan sumbangan Intensif Perkahwinan Belia kepada lima peserta, Program Tunas (lima), Program Si Kembar (dua), Kad Peduli Sihat (lapan), Food Stamp (20), bantuan Hijrah (10) dan yang lain.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-11-01 07:18:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page