Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 

MBSA lancar i-ADU mudahkan penduduk buat laporan

berita

SHAH ALAM, 24 OKT: Aplikasi i-ADU dilancar bagi memudahkan aduan dibuat secara terus kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, ia merupakan salah satu insiatif menambah baik sistem penyampaian MBSA demi kemudahan dan kesenangan masyarakat.

Katanya, ia membolehkan proses membuat aduan, semakan aduan, penerimaan maklum balas dan penilaian tahap kepuasan penyelesaian dilaksanakan secara dalam talian.

“Menerusi aplikasi ini, aduan juga boleh dilaporkan 24 jam sehari dan tidak terhad kepada waktu pejabat sahaja.

“Ini memberikan kemudahan kepada orang ramai dan membantu MBSA menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, pelancaran i-ADU disempurnakan Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin, bersempena Hari Bertemu Pelanggan, di SACC Mall.

Pada masa sama, orang ramai masih boleh menyalurkan aduan menerusi portal MBSA, talian bebas tol 1-800-88-4477, secara bersemuka, surat, borang dan aduan di media sosial MBSA.

Aplikasi i-Adu boleh dimuat turut menerusi Android sementara pengguna Appstore boleh menikmati aplikasi berkenaan tahun hadapan.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-25 07:37:10 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page